Thursday, February 17, 2011

Ketakutan Yang Abadi

Bagi saya ,ketakutan sewaktu menonton cerita Tahyul TV3 seperti Saka Jentayu adalah ketakutan yang tidak patut dan memalukan.

Saya ada satu perasaan takut yang sentiasa menghantui dan membayangi hidup saya, mungkin untuk seumur hidup saya.

Saya adalah salah seorang daripada berjuta-juta mungkin berbilliun-billiun kanak-kanak muslim yang melakukan perkara itu.

Pada mulanya saya tidak berasa takut untuk melakukan perkara itu, kerana Kata Abah saya," Ia perkara biasa dalam proses menjadi lelaki matang penuh bergaya dan akan meraih ramai makwe ".

Saya hanya mengangguk pura-pura faham, seawal umur 10 tahun pada waktu itu, yang saya faham hanyalah kereta Tamiya dan "Tora datang lagi !".

Tambah Abah lagi, " Sekejap je elok, lepas seminggu dah boleh tendang bola dah".

Saya hanya mampu bersetuju, " Apa yang terbaik untuk Abah, itu yang terbaik untuk Amir". ujar saya tanda seorang Anak soleh yang redha.

Saya bersetuju melakukan perkara itu bukan apa, kerana menyedari ramai rakan-rakan di Sekolah sudah melakukan perkara itu dan berlagak sesama mereka.Yang paling bangang, sampai ada yang menayangkannya pada rakan-rakan lain.Sedikit sebanyak membuatkan ego kanak-kanak saya tercabar dan berasa rendah diri. Lagipun kalau di ikutkan, usia saya ketika itu di anggap usia senja untuk melakukan perkara itu.

Tapi saya tekad! dengan harapan selepas melakukan perkara itu bolehlah saya berlagak di sekolah dan menganjing rakan-rakan saya yang belum melakukan perkara itu.

Abah dan Mak yang mengatur segalanya-galanya, Abah memilih untuk melakukan perkara itu di Klinik Swasta sebagai tanda Melayu Maju pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Melayu berteknologi MSC.

Sepanjang perjalanan sewaktu ke Klinik itu, Abah cuba membuat lawak dengan saya, kononnya untuk menghilangkan rasa gemuruh dan cemas saya, tetapi sudah terlambat, fikiran saya hanya fokus pada perkara itu, saya membayangkan kesakitan melakukan perkara itu.Seingat saya belum pernah organ saya terpisah atau di potong dari tubuh saya, bagaimana sakitnya ia ? berapa gelen darah yang bakal gugur syahid ?

Kamu gila ? kesakitan yang paling sakit yang pernah saya rasa di tempat itu, adalah sakit ketika saya di gigit tungau, gara-gara saya bermain di belakang reban ayam.Itu baru di baham tungau, nah ! bagaimana kesakitan ketika saya melakukan perkara itu ?

Saya tak sanggup untuk bercerita lagi, saya masih ingat muka nakal Doktor itu....gunting itu....cucukkan bius itu yang kononnya tak sakit....saat ia menghampiri....Dan melakukan cantasan....percikan cecair merah.....


Sehingga hari ini, iaitu selepas Hosni Mubarak di jatuhkan, saya masih terasa ngilu bila melihat kain pelikat.

Dan saya masih tidak percaya yang saya telah melakukan perkara itu.

Kerana ia adalah ketakutan yang paling saya takuti.


8 comments:

Gen Fujita said...

Ooo takpe, aku masuk jawi pun lepas habis UPSR dulu, kira lewat jugak tu.

Rosmainie Rofiee said...

penggayaan cerita yang sgt bagus~ g00d j0b amer! hahaha~

Adlan said...

hahaha..ruangan komen->mereka yg teransang? ^^'

Liza @ Adzriel AB said...

takut pun kena buat juga. kena bagi semangat pada anak2.

pensil iman said...

ahahhaha..

reez said...

Teringat bgmana kecohnya dr dan nurse ketika lakukan itu pd anak istimewa sy yg byk helah.Ianya berakhir dg ketawa kelucuan dan anak sy keluar smbil tersenyum.he3...

echaRierie said...

hahaha..
best2 baca..
menarik !
XD

syairahmohdanuar said...

haha.penuh emosi lah entry nie.bagus :p