Friday, April 1, 2011

April Yang Bodoh

Alangkah celakanya bila minyak naik lagi.
Alangkah celakanya bila jentera-jentera berpusu-pusu.
Berbaris-baris di stesyen minyak.
Hanya kerana esok minyak naik lagi.
Alangkah celakanya.

Alangkah celakanya mendengar hujah bosan.
"Oh, di negara si fulan, emas hitam ini lagi mahal"
Dan Engkau masih belum berpendapatan tinggi.
Di saat tanah air ini menuju tingkat berpendapatan tinggi.
Alangkah Celakanya.


Terima Kasih kerana menjadikan April yang bodoh semakin bodoh dan bodoh.

1 comment:

Erry said...

ade jgk kenangan untuk tanah empayar bodoh... sejarah..