Tuesday, January 5, 2010

Hartal Malaya-Sejarah yang di sampahkan..(semua warganegara malaysia yang pernah berak di malaysia wajib tahu!)






awek-awek KUIS yang kewl sedang berhartal..





Hartal Se-malaya 1947(sepuluh tahun sebelum merdeka)..

Hartal....Hartal...Hartal....

Rata-rata mamat-mamat dan minah-minah di Malaysia tidak ambil pot tentang peristiwa yang saya kira sebagai permulaan revolusi kearah bernegara sendiri tanpa lahanat British yang poyo lagi kerek itu.Apakah itu Hartal?


Hartal melalui definisi kebanyakkan orang adalah protes,mogok,bantahan,demonstrasi raksaksa atau 'tak nak' kepada sesuatu resolusi,ketika sesuatu hartal berlangsung kesemua premis perniagaan dan kilang-kilang akan ditutup iaitu tidak beroperasi sama sekali,bermakna semua tubuh-tubuh akan bertumpu pada hartal.Apakah yang cuba mereka hartalkan pada waktu itu?kewl sangatkah berhartal ni?tak poyokah berhartal-hartal ini?


Begini,Hartal se-malaya ini berlaku sepuluh tahun sebelum merdeka iaitu 1947 mengikut kiraan ilmu hisab,selepas berundurnya tentera Ultraman dari Jepun berikutan kekalahan mereka pada perang dunia kedua sedikit sebanyak memberi kesedaran politik kepada anak-anak muda pada ketika itu,mereka mulai sedar bahawa walaupun tanpa ultraman dari jepun dan popeye dari bangsa kulit putih mereka mampu memerintah sendiri walaupun pada waktu itu anggapan penduduk malaya adalah mustahil.



Kedatangan semula lahanat British yang poyo itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat melaya pada waktu itu yang masih mengharapkan 'payung' mereka.Kali ini mereka datang dengan muka baru.Yang pastinya mereka tidak akan melepaskan malaya sepatah haram jaddah pun,kerana setelah sekian lama,Malaya merupakan penyumbang dolar TERBESAR dalam empayar lahanat British.Getah-getah dan bijih timah di malaya juga menjadi penyelamat kepada ekonomi mereka.Jadi memang bodoh lagi bahlul la selepas jepun kalah mereka takkan datang semula.Mereka pasti akan kembali.


Perlu diketahui disini,setelah lahanat British ini kembali semula,mereka tidak melaksanakan sebarang undang-undang kolonial.Hal ini bermakna penduduk malaya tidak perlu mendaftarkan penubuhan parti politik,tidak perlu mendaftarkan kesatuan buruh dan tidak perlu mendapatkan permit akhbar.Jadi,sedikit sebanyak menjadikan suasana demokrasi dan perasaan merdeka dapat dirasai walaupun 'hidung' penjajah british masih tinggi seperti dahulu.Ruang demokrasi ini digunakan sehabis mungkin untuk mengaktifkan neuron rakyat tentang mustahaknya memerintah sendiri serta perlunya menunjukkan pintu keluar kepada mat-mat salleh ini.


Penubuhan PKMM(Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan MDU(Malayan Democratic Union) memainkan peranan dalam permulaan mangaktifkan neuron kemerdekaan kepada penduduk tanah Melayu,Kesatuan buruh-buruh juga turut serta mengambil pot.Kali ini,lahanat British datang dengan menghadiahkan Malayan Union kepada bangsa melayu,yang majoriti orang melayu tidak sanggup menerimanya.Mereka berpendapat ini akan menghilangkan kuasa raja-raja melayu serta perinsip jus soli akan melemahkan ketuanan melayu.Ini pendapat mereka.

Apabila Dato onn menubuhkan UMNO semasa penentangan Malayan union,PKMM dan rakannya API(angkatan pemuda insaf) turut serta sebagai ahli di dalam umno,tetapi hanya seketika sahaja.PKMM akhirnya mengambil keputusan untuk menarik diri dari UMNO kerana tidak sebulu dan beberapa faktor yang lain .Hasilnya,wujudlah dua haluan dalam politik yang mana disebut sebagai haluan kanan dan kiri.UMNO di gelar sebagai haluan kanan manakala PKMM haluan kiri.Haluan kanan adalah mereka yang pro British manakala haluan kiri pada masa itu disebut sebagai menentang lahanat British.PKMM dan rakan-rakannya terus memperjuangkan slogan dan mentiliti MERDEKA.

Setelah Malayan union dikira gagal dilaksanakan,British mengubah resolusi mereka dengan memperkenalkan pula Persekutuan tanah melayu,mereka membawa bersama Federation Constitution atau dalam nahu PPSMI nya perlembagaan persekutuan.Haluan 'kiri' menentang resolusi ini kerana ianya adalah muslihat bangsa 'hidung tinggi' untuk menghidupkan semula penjajahan lahanat British dibawah nama yang berbeza.

22 disember 1946, All Malaya Council of Joint Action(AMCJA) diresmikan sebagai sebuah badan gabungan yang didalamnya terkandung kesatuan buruh,persatuan wanita dan angkatan pemuda bersama-sama memangkah perlembagaan persekutuan.PKMM mengambil keputusan menubuhkan gabungan mereka sendiri.22 februari tertubuhnya PUTERA(pusat tenaga rakyat) yang mengandungi PKMM,API,AWAS(angkatan wanita sedar) dan GERAM(gerakkan angkatan muda).Hasilya kedua-dua gabungan ini menubuhkan pakatan PUTERA-AMCJA.Lahanat British tercirit sedikit apabila tertubuhnya pakatan ini.


Apabila tercirit,mereka mencari air untuk mengnyahkan halangan itu,lahanat British menghidupkan semula undang-undang 'societies ordinance' yang menyekat kebebasan tubuh-tubuh untuk berpersatuan dan memberi kuasa penuh kepada 'Registrar of societies' untuk memangkah pendaftaraan mana-mana persatuan yang difikirkan perlu.Ini memberi 'registrar' kuasa diktator untuk buat apa dia suka,soal,siasat dan cabar sesiapa sahaja pun.Ini jelas membuktikan bahawa meraka sudah mengeluarkan 'tanduk' mereka yang sebenar.Lahanat British yang pada mulanya kewl mulai bertukar poyo.


Pakatan PUTERA-AMCJA terus membantah perlembagaan persekutuan ini,namun lahanat British terus menerus 'membuniankan' bantahan mereka.Bantahan sahaja tidak cukup Ummph!,PUTERA-AMCJA akhirnya mengusulkan resolusi yang berbentuk cadangan.Selepas perbincangan selama empat bulan,PUTERA-AMCJA telah membentuk PERLEMBAGAAN RAKYAT yang merupakan kontra kepada Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Rakyat merupakan contoh perundingan dan diplomasi yang sangat teliti.Mustahaknya perlembagaan ini kerana lahanat British telah mengemukakan Resolusi mereka walhal resolusi mereka hanyalah sandiwara lagi palsu dan tidak lebih hanya untuk mengembalikan kuasa gabenor mereka.


Pakatan PUTERA-AMCJA tiba-tiba menjadi feymes,mereka mendapat liputan meluas melalui akhbar-akhbar mengenai perlembagaan rakyat yang dirangka.Rakyat mulai sedar bahawa Upin Ipin lagi best dari inspector Gadget,kumpulan S0faz lebih kewl dari Nirvana,Tomok shah indrawan lebih umph dari James Blunt,Jinbara lebih stylo dari The Beatles dan Zaquan adha lebih power dari Beckham.Tetapi seperti kebiasaanya,Perlembagaan Rakyat terus di'buniankan' oleh lahanat British,mereka manganggap tidak menerima apa-apa dari PUTERA-AMCJA.Lahanat British langsung tidak romantik dalam hal ini.Sudahlah bantah tak lut,bagi cadangan pun hampeh.


Setelah borink dengan 'hidung tinggi' mat-mat salleh ini,akhirnya PUTERA-AMCJA mengambil keputusan drastik untuk menganjurkan demonstrasi raksasa atau HARTAL yang di beri nama Hartal se-Melaya.Mereka mulai merancang untuk mengadakan dan mengajak rakyat berhartal pada 20 OKTOBER 1947.


20 oktober 1947- kilang-kilang ditutup tidak beroperasi,premis-premis perniagaan di tutup,jalan-jalan raya kosong,pusat hiburan dan cinema tutup,estet-estet berhenti bekerja,nelayan-nelayan juga tidak turun menangkap ikan,pelabuhan kosong,juga termasuk dalam senarai:Mek donald ditutup,pizza hate ditutup,mid volley ditutup,starfuck cafe ditutup,karoeke puchong ditutup,konsert SOFAZ di batalkan,Dr Rozmey terpaksa membatalkan kursus mengkuruskan orang,Fuckvillion ditutup,seharian majalah Manga tidak dijual,Akademi Fantasial turut batal,kumpulan Senario juga tidak membuat lawak bodo dan lain-lain lagi.-semua turun berhartal-.


Sungguhpun hartal seluruh Malaya 20 oktober 1947 telah berjaya menunjukkan suara rakyat berbilang kaum dan bersatu padu menyokong PUTERA-AMCJA dan Perlembagaan Rakyat,namun lahanat British terus berdegil dan ego untuk melaksanakan Perlembagaan Federation pada 1 februari 1948 tanpa mengambil peduli bantahan rakyat.Untuk memadamkan api kemarahan rakyat yang kian marak,British telah mengisytiharkan undang-undang darurat pada 18 JUN 1948,dengan alasan untuk membanteras pemberontakkan komunis.Banyak pertubuhan politik telah di haramkan dan di bubarkan termasuk badan-badan yang bergabung dalam pakatan PUTERA-AMCJA.Ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli pertubuhan dalam PUTERA-AMCJA ditangkap,ramai yang dipenjarakan dan tidak kurang yang di buang negeri.Sebilangan 29857 orang telah di tangkap dan di tahan dalam operasi besar-besaran "membasmi komunis".Daripada jumlah itu 10000 adalah orang melayu.


Apabila kita membaca sejarah perjuangan parti yang digelar 'haluan kiri' ini kita sering di momok-momokkan tentang bahaya dan sesatnya fahaman mereka ini,seringkali mereka dihukum dan disalah ertikan.Hakikatnya golongan yang digelar 'haluan kira' ini jugalah yang mula-mula mencetuskan idealogi kemerdekaan,mereka cukup obses untuk merdeka.Bukan mudah untuk menjelajah ke seluruh ceruk-ceruk dan hulu banat kampung-kampung untuk memberi penerangan serta menanamkan mentaliti merdeka kepada rakyat.Tambahan pula,faktor terlalu lama dijajah dan di'kuli' kan bangsa lain menyumbang kearah kesukaran ini,motivasi rakyat ketika itu lemah,di programkan untuk bekerja pada penjajah dan taat pada mereka.Mungkin golongan yang disebut sebagai 'haluan kiri' ini dilihat redikal atau ekstrim kerana di indonesia mula-mula lagi perjuangan menuntut kemerdekaan ke atas bangsa Dutch melalui 'merdeka dengan darah' telah membara.Jadi sedikit sebanyak memberi pengaruh dan motivasi pada Malaya.Adalah tidak adil sejarah meminggirkan 'haluan kiri' ini.Mereka juga sangat baligh dalam soal bersatu padu,pakatan yang mereka ikatkan bukanlah pakatan yang berasaskan perkauman tetapi mengikat semua rumpun kaum dalam satu dimensi agar fahaman rasis tidak akan hidup.Jadi idealogi penyatuan rumpun kaum sudah lama wujud sebelum merdeka.Perlembagaan rakyat menjadi bukti kepada toleransi yang teliti dan kewl diantara semua kaum.Semoga sejarah tidak akan melupakan mereka.



nota kaki: untuk lebih emosi dan umph! ,sila rujuk dokumentari 10 tahuan sebelum merdeka,,arahan fahmi reza,,,terbaikk!!

3 comments:

Izani Abdullah said...

cayalah amer...bahasa yang mcm bersahaja...tp mmg siot..haha

Fahmi Reza said...

Memang rumusan paling sempoi dan kelakar yang pernah aku baca pasal filem 10 Tahun Sebelum Merdeka. Terhebat!

Achilles Monoloules said...

Thanx fahmi..bangga aku kau komen..=)