Friday, January 29, 2010

Musik merayakan kehidupan


eeeeeeeeeeeeeeee,,,hotnyeeeeeeeeeeee



Melihat anugerah Juara Lagu Tv3 suku yang berlangsung beberapa minggu yang lalu pastinya mendatangkan rasa stim dan teruja bagi semua warga.Normalnya,kesemua mamat-mamat,minah-minah,mat-mat rempit,mamat atau minah jiwang(kecuali fanatik musik indie),awek-awek shuffle,peminat Dr Rozmey,pemuja tomok shah indrawan,makcik/pakcik Felda pastinya bibir-bibir mereka akan melekat pada skrin televisyen masing-masing.Juga sepeti biasa,rating 'kenduri musik' ini akan melonjak tinggi melebihi perlawanan bolasepak liga Malaysia di RTM ataupun rancangan Chak Chak azwan ali(amboi-amboi!).Apa pun aku berpuas hati Tomok indrawan tidak menang,walaupun Aizat gemok(gilalah!) bukan lah fevret aku,tapi nak di bandingkan aizat dengan Tomok poyo tu,kira aizat orrite jugaklah.(mujur akak yuna yang bersuara stim tu dapat top3,indah mimpi tidurku)




eeeeeee!!!!!!!!!!yuckssssss...





Memerhati fenomena kenduri musik di tanah tumpah darahku Malaysia ini,sedikit sebanyak membuktikan keterbukan serta pendemokrasian komuniti di sini tentang musik.Kita bebas bermusik,ini kerana musik merupakan separuh dari jiwa manusia.Dari sekecil bayi kita telah di asuh dengan musik,aku masih ingat ketika aku berusia setahun tiga bulan ibuku menyanyikan lagu enjit-enjit semut ketika aku di dalam buaian spring(suke hati la nak caya tak)tapi mengapa mesti lagu enjit-enjit semut?oh lupa pula,ketika itu tomok masih belum menubuhkan Kumpulan Newboyz dengan single terhebat sepanjang dekad 'sejarah mungkin berulang'.



eeeeeeeeee...tolonglah jangan panggil saye tomok...panggil saya tongong..kahkah..





Terpulang kepada sosok-sosok untuk mendefinisikan musik itu apa,samaada mencedok dari ensiklopedia pelajar oxford,kamus fajar bakti atau kamus idris marbawi,itu semua hanyalah susunan perkataan yang mewajahkan musik itu sendiri.Kita juga berhak mentakrifkan musik mengikut kemahuan dan pendapat kita sendiri.Musik adalah hak asasi dah fitrah manusiawi.


Musik bukan lahir ketika kita dilahirkan,musik juga tidak lahir dengan lahirnya rancangan Muzik-Muzik tv3 suku atau akademi fantasial,hatta sebelum itu lagi,generasi-generasi purba dahulu sudah bermusik,hakikatnya musik adalah darah warisan yang mewarisi kita.Memberi kenyataan bahwa datok moyang purba kita tidak bermusik kerana sibuk berperang adalah salah sama sekali.Komuniti awal purba manusia seperti yunani,mesopotamia,mesir,Rom,india,china dan juga arab sudah lama bermain musik seiring dengan perkembangan tamadun mereka.



Misalnya seperti warga yunani,mereka telah memahami dengan dengan romantisnya budaya musik itu,perkataan musik yang digunakan oleh warga yunani berasal daripada muses,iaitu personifikasi tujuh perkataan ,iaitu epik,chenta,emosi,tragedi,alam semesta,pandai berkata-kata dan sejarah.Nada muzik di anggap sebagai syurga dan boleh di dengar di langit,udara dan laut.Lagu-lagu yang di hasilkan dalam tamadun yunani ditujukan kepada tuhan-tuhan mereka.Beginilah pemahaman dan idealogi mereka ketika itu mengenai musik yang mungkin kita tidak pernah fikirkan.Kematangan mereka mendahului ruang lingkup zaman pada ketika itu,masih belum lagi wujud pertandingan bintang kechil,akademi fantasia,mentor,akademi nasyid,my starz LG mahupun Bintang RTM.Menggabungkan musik dengan falsafah menjadikan ia sesuatu yang genius lagi romantis.


Ketika aku di sekolah menengah,subjek musik itu ada,tetapi tanggapanku bahawa subjek musik itu menjadikan aku seperti Jamal abdillah atau kumpulan 4U2C jauh meleset.Kami 'di buli' untuk meniup seruling ular(sejenis alat musik yang aku lupe ape tah nama saintifiknya).Sungguh kejam!,selain di paksa belajar tarian boria yang skema,pada sebelah petangnya iaitu sekolah agama di sajikan pula dengan nyanyian nasyid jiwang ala-ala UNIC dan IN-TEAM.Memang best.Suasana musik pada peringkat itu tidak adil dan bebas.



Kumpulan Boria wawasan 2020




Kumpulan lagenda 4u2c...Fiona..fiona,,,,




Alasanya,adalah untuk memalaikatkan jiwa pelajar pada waktu itu agar tidak terpengaruh dengan musik yang tidak sehat lagi berkhasiat.Kononnya musik yang diperkenalkan disekolah adalah lebih suci dan mampu melahirkan generasi rabbani,glokal,cemerlang,terbilang dan pemangkin kearah wawasan 2020.(kahkahkah!)


Pertikaian mengenai musik disisi agama islam juga menjadi isu,seperti penggunaan alat musik bertali.Sedikit sebanyak memaksakan sosok-sosok membeli kaset Kumpulan Saujana dan memakai kopiah Raihan.Mari kita menaiki mesin masa Doraemon melihat suasana musik pada zaman pemerintahan Umayyah dan Abasiyyah.Kerajaan Abasiyyah menetapkan bahawa kebolehan menyanyi dan bermain musik sebagai prasyarat untuk mendapatkan pekerjaan(kalau aku,aku nak main kompang azhar).Khalifah Harun al-rasyid dan para penggantinya juga memberi naungan kepada perkembangan seni musik.Ini menyebabkan lahirnya seniman musik seperti:

-al-farabi=menghasilkan thesis Grand book of music,styles in music dan on the classification of rhythm.

-al-kindi=karya di terjemahkan ke dalam bahasa eropah seperti Essential of knowledge in music.

Muhyiddin ibn arabi,Safi al-din abd,Shams al-din,khalil bin ahmad,yunus alkhatib,al-ibshishi dan abul hassan ali ibn Nafis.


Golongan agamawan juga mengambil pot dalam perkembangan musik,pada zaman pertengahan awal di eropah,pihak gereja Kristian telah memperbaiki musik yang sedia wujud.Paus Gregory 1 memainkan peranan.Ia lebih tertumpu pada keseragaman bunyi di gereja.


Sangat bersetuju apabila meletakkan musik sebagai medium dakwah,kerana tamadun-tamadun dahulu lebih awal menjadikan musik sebagai madah pengabdian kepada tuhan.Memasukkan unsur dakwah dalam musik adalah terpulang kepada pemuzik samaada melalui cara skema atau tidak skema,bukan sahaja irama nasyid,irama rock juga tidak mustahil,bergantung pada kegeniusan dan bakat pemusik.



ini baru kool....poie pokan,,,,



Musik adalah simbol ketamadunan fisikal dan rohani sesuatu bangsa.Mereka menzahirkan emosi melalui musik.Hakikatnya,kita tidak seharusnya berebut-rebut melahirkan seribu atau sejuta shah indrawan serta program realiti poyo lagi eeeeeeeeee!!!.Tetapi yang penting adalah disiplin ilmu serta pendemokrasian musik sejak peringkat sekolah lagi.Banyak lagi yang harus diperbaiki.Suasana pendidikan musik yang berkesan dan bebas akan melahirkan sejuta kali ganda hebat dari Shah indrawan,Bob mesra atau Kumpulan Jinbara.Pemusik yang kool adalah pemusik yang mencipta lagu dan nyanyi sendiri.Pemusik yang poyo adalah pemusik yang berambut ala-ala mamat jiwang korea sambil menyanyikan lagu ciptaan orang lain dengan penuh menggelabah lagi eeeeeeeeee!!!..hahahah...

7 comments:

Kicap Manis Media said...

haha, pehal lak tomok. x de kaitan. seb baik Lady Gaga tidak dibahan2 disini yer, muzik yang halal disisi Islam Hadhari adalah lagu ini...~UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia..~~~lalalalala....

Achilles Monoloules said...

hahahahaha...cherrrrsss,,ingat nk bahan superjunior,,,haha

Mu'az Azmi said...

apakah musik kegemaran saudara sutradara pembloggers?? jwab dgn sejujur-jujurnya...

Achilles Monoloules said...

semestinye...kumpulan nasyid sekolah agama menengah...kahkahkah,,,

"lets changes everything" said...

wooo..btol ke nasyid sek agamar mer??hihihi...

Achilles Monoloules said...

hehehe,,,xbetol,,aku xske kumpulan nasyid laki,,,ske nasyid pompuan je,,,haha,,

"lets changes everything" said...

haahah..ngade gileee....ske pmpuan jee..hahah..