Wednesday, November 3, 2010

Kematian di Medan Perang Baru



1Malaysia kita sekali lagi menunjukkan kejayaan luar biasa yang harus di kongsi bersama.

Seperti yang anda lihat, angka-angka di atas merupakan indeks kematian Jalan Raya bagi sesi 2009 yang rajin di buat oleh world Health Organization.Kalau tak puas hati, tengok sini.

Sekali pandang nampak macam membanggakan, kerana kedudukan nombor 58 itu menunjukkan ianya lebih baik dari ranking bolasepak skuad kebangsaan ataupun indeks kebebasan media.

Sabar-sabar, jangan bangga dulu.

Sebenarnya turutan statistik di atas adalah menurun dari paling celaka ke paling cemerlang.

Jadi, 1Malaysia kita berada di kedudukan ke-58 terburuk.Yah, begitulah realitinya.

Tentu kita tak berasa hairan dengan keputusan statistik ini, kerana di Malaysia, kemalangan jalan raya itu adalah budaya dan kebiasaan.

Hampir setiap hari, di muka kosmo mahupun metro akan bersurah tentang kemalangan jalan raya.Itu biasa.

Kematian secara jemaah di jalan raya pada musim perayaan juga, itu biasa.

Malah budaya orang ramai menonton kemalangan di jalan raya juga, itu biasa.

Sebanyak 23.6 bagi purata per 100,000 populasi di catatkan untuk kematian syahid di jalanan, dan sejumlah 6282 kematian syahid di jalanan juga berjaya di laporkan.

Kedudukan di tangga ke -58 dari senarai 178 negara adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan.Bagi 1Malaysia, iaitu sebuah negara yang selalu sembang gebang untuk menjadi negara maju wawasan 2020 dan ekonomi berpendapatan tinggi, kedudukukan ke-58 ini seperti tidak kena, seperti seseorang yang beriya-iya mahu ke konser Maher zen, tapi tiket konsert maher zen pun tak mampu di beli.

Negara-negara maju, rata-rata nya berada di kedudukan 100 ke atas bagi indeks kematian jalan raya ini.Manakala di atas dan bawah kedudukan ke 58 Malaysia, kebanyakkannya adalah negara-negara lanun, bergolak dan mundur.

Negara-negara lanun, bergolak dan mundur ini mungkin tidak sehebat malaysia, mereka mungkin tidak punya lebuhraya semoden Malaysia dan mungkin tidak memiliki KTM sepantas Malaysia.Untuk Malaysia yang sentiasa turap jalan setiap kali pilihanraya tetapi masih berlaku kemalangan adalah sesuatu yang menghairankan.

Apakah rakyat Malaysia suka berlumba di jalanan? , tapi motor GP tetap Rossi yang pegang, F1 pulak, Alex Yong tak pernah menang.Drift ? buat cerita KL Drift boleh la brader.

Mungkin kita sepatutnya menghalusi masalah ini dengan meneliti kembali dasar-dasar pengangkutan, sikap dan sistem sosial masyarakat.

Adakah 10 tahun dari sekarang dalam menuju wawasan 2020, 1 malaysia mampu mencatat jumlah minimum ataupun sifar bagi kematian jalan raya ?

Ataupun 10 tahun kemudian, 1malaysia bergelar negara maju tetapi maju syok sendiri macam Melaka tu lah.Sendiri iktiraf, sendiri angkat bakul.



Maju itu mesti dari segi fisikal dan rohani.- Buku sejarah Form 4-




5 comments:

fatian athiea said...

agak susah jika manusia sekarang anjak hidup scara bertamadun balik...


nice entry.
follow u..
http://thyyunxthiya.blogspot.com/

kakak dan abel said...

info yang bagus kawan, saya akan cari untuk negaraku diurutan berapa?
terima kasih sekali lagi atas infonya

Nik Lisa said...

wuhuu. dah bawak pon laju kemain.

nyaris accident semalam. wuwuuw

Unknown said...

semoga kedepanya akan menjadi lebih baik lagi,,

salam,

Unknown said...

yep smga akan menjadi lbh baik dr ini amin :)