Thursday, December 23, 2010

Rasis itu Celaka, Celaka!

Terima Kasih pada Wafda Yok Kamilen yang melontarkan bait-bait ini, wafda Yok merupakan seorang atlet muslimah yang sangat kuat staminanya sekuat nafsu makannya, selain berbakat dalam sukan islami, wafda yok juga berbakat dalam melaungkan sajak, seorang yang berbadan ikan bilis tetapi bersuara petir !




Dan Celakalah rasisme.
Bala turun temurun umat manusia.
Malapetaka kiriman azazil.
Untuk jiwa-jiwa yang pro-kebangsatan.


Celakalah 13 mei.
Celakalah tragedi kampung medan.
Dan seluruh polisi diskriminasi ras-ras.
Celakalah.


Jangan jadi bengap.
Lihat lah sejarah yang berdarah.
Episod duka.
Paling pailang.
dan apa kau sanggup menjadi bagian dari darah-darah itu ?


Campak sahaja perangai lahanat itu.
Apa perlu kau emo-emo.
Yang mata sepet.
Yang kulit hitam
Mereka juga sama.
Punya rasa Seperti kau.
Tidak perlu ada rasa aryan.


Ayuh anak muda!
Siap siaga!
Ini manifesto kita.
Ini utopia kita.
Untuk dunia yang lebih baik.
Untuk dunia yang meraikan perbedaan dan kepelbagaian.
Teruskan menyebar suara-suara keamanan.
Hingga lupus wabak rasis.


Katahuilah.
Rasis itu merupakan kecelakaan yang paling celaka!


2 comments:

yok said...

dengan ini,titah dari aku buat kau. bahawasanya kepingnin lagi aku untuk mendeklamasikan sajak ciptaan kau . terima kasih kerana mencapapkan aku di blog kau. aku semakin dikenali. hahahahahahahaha.

Achilles Monoloules said...

inshaallah, ada kesempatan lagi kita berduet,HAHA. Aku akan buat yok femes! =) HAHA.