Saturday, December 11, 2010

Surat untuk Tuhan

Genap dua dekad aku berjalan.
Dari kantung telo hingga keluar dari rahim.
Berkenalan dengan kau, di asuh dengan silibus kau.

Genap dua dekad aku berjalan.
Dari tadika islami hingga sekolah islami dan Kolej islami.
Berkenalan dengan ilmu kau dan ciptaan kau.

Dan dua dekad ini.
Kadang kala aku malaikat.
Kadang kala aku azazil.
Maaf.
lebih banyak azazil dari malaikat.

Untuk apa kau bikin aku , kalau kau maha mengetahui aku akan bikin durja ?

Aku cuba jadi yang terbaik,tapi aku gagal.
Gagal melempang setan-setan kau.
Gagal mengelak nafsu dan syahwat yang kau kirimkan.
Sampai sekarang.
Aku masih gagal.

Lalu, kenapa aku tercipta ?

Aku tidak bisa jadi warga Greek kuno.
Mahu lawan tuhannya,Zeus.
Aku tak bisa.
Tak daya aku.

Ketahuilah yang maha mengetahui.
Setiap saat yang bergerak.
Aku rasa makin jauh dan jauh.
Dengan rahmat kau.

Ketahuilah yang maha mengetahui.
Masih ada rasa dalam rasa ini.
Mahu pulang ke rahmat engkau.

Walaupun, harapan meraih surga itu tipis.



1 comment:

AnA ImTiYaZ.. said...

salam juang buat sahabat lama...

kita sring tidak mengenali siapa diri kita,
apa potensi kita,
mengapa kita jadi begini,
mengapa jadi begitu...

krana kita blum cukup mengenali siapa Tuhan kita..

salam juang dari kjauhan