Wednesday, December 8, 2010


Sebahagian Essemen aku yang di buat serupa gampang dan malas-malas serta berbaur ILuvIslam.Oleh sebab ini adalah tulisan dari tangan aku, maka aku layak untuk jadi editor ILuvIslam atau ana muslim satu masa nanti, oh ya, penulis novel cinta ala-islami, boleh jadi jugek.


Poligami, Isu yang di salah ertikan

Masyarakat islam pasca moden, khususnya di Malaysia masih alergik apabila di lemparkan dengan topik poligami.Bahkan terdapat badan NGO pro-feminis menentang poligami yang kononnya menganiaya kaum wanita.Mereka menganggap perbuatan poligami sebagai ketidakadilan dan eksploitasi pada wanita.

Perintah poligami telah di turunkan sekitar 1400 tahun yang lampau, pastinya setiap perintah dari tuhan itu bersebab dan punya hikmah.Situasi pada masa itu berkisar tentang peperangan antara tentera muslimin dan kuffar, yang mana kematian tentera-tentera muslimin ini mengakibatkan isteri-isteri mereka menjadi janda.Lalu perintah poligami telah memberi pembelaan pada isteri-isteri mujahidin ini.

Islam telah menetapkan rukun-rukun dan syarat-syarat untuk berpoligami.Ya, ini adalah garis panduan agar kaum wanita sentiasa di lindungi dan tidak teraniaya.Kuncinya di sini adalah berlaku adil.

Fikrah yang di lontarkan oleh NGO pro-feminis ini berfikrah sempit dan tuli.Mereka berkata poligami itu sebagai ketidakadilan bagi pihak wanita, nah, bukankah kes-kes monogami pada masa kini juga berlaku penyelewengan ke atas kaum wanita? Jika begitu monogami patut di haramkan ?

Saya tidak menyalahkan golongan NGO-pro feminis ini secara total, mungkin berlaku kesilapan dari bahagian taktikal dan strategi para pendakwah kita yang mungkin masih mengamalkan manhaj dakwah konvensional.

Perkara paling mustahak dalam hal ini, ialah bagaimana kita mahu berlaku adil dan bagaimana kita mahu menepati rukun-rukun poligami.Selalunya, bahagian ini yang kita sering gagal, dan akhirnya poligami itu di pandang jelek.

Pada era Jahiliyyah, pra-Islam, poligami di amalkan sewenang-wenangnya dan ketika itu suami mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri.Islam akhirnya mensucikan poligami dengan membawa versi poligami bersistem.

Kita seharusnya memandang poligami sebagai penyelesaian kepada penyakit sosial yang menjadi bala pada hari ini.Bala yang saya maksudkan di sini ialah pelacuran, seks bebas, bohsia, zina, budaya pembuangan bayi secara kolektif dan lain lain.Wanita-wanita yang terlibat dalam gejala sosial ini adalah lebih mulia walaupun mereka menjadi isteri ke-dua,tiga atau empat.Mereka tidak perlu menjadi bahan muka depan akhbar, cukup sekadar bernikah.

Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan.


Anggap sahaja, poligami ini sebagai ubat bagi penawar penyakit, bagi suami yang mempunyai nafsu luar biasa, poligami ubatnya,bagi masalah isteri tidak mampu melahirkan zuriat, poligami ubatnya.Begitu juga dengan penyakit sosial, poligami jugalah ubatnya selain dari penubuhan sekolah Pengasih di Melaka.Penyakit sosial ini umpama satu peperangan untuk kita menghadapinya.

Jelas, jika anda memerlukan ubat ini, gunakan , tetapi bersyarat.Jika anda tidak perlukan ubat ini, usah mengambilnya.

Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri. Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan.

Bukan saja di Malaysia, bahkan di alam islami yang lain poligami semakin terasing akibat proses globalisasi mentaliti yang mereka gelar atas nama keadilan dan demokrasi.


Sudut pandang poligami dari segi politik, ekonomi dan sosial

Ketiga-tiga entiti di atas penting dalam memastikan budaya poligami pada masa akan datang berjalan optimum dan efektif.

Politik adalah tunjang pemerintahan dalam sebuah daulah, soalnya apakah dasar politik daulah terhadap poligami ? apakah pemerintah cenderung menjadikan poligami sebagai ubat untuk penyakit sosial yang kian tenat ?

Dalam hal ini, politik mempunyai kuasa dari segi perundangan dan pelaksanaan poligami.

Sering kali, ekonomi menjadi penghalang dalam aktiviti berpoligami.Ekonomi yang makmur dan sejahtera mampu mewujudkan suasana stabil.Tiada masalah, jika subsidi poligami di perkenalkan bertujuan untuk membantu keluarga yang berpoligami.

Seterusnya, mentaliti sosial atau masyarakat harus berubah untuk menerima poligami, pendidikan atau sukatan mesti di mulai untuk membentuk generasi adil.Budaya bercinta terlalu setia dan serius juga harus di kikis supaya poligami nanti tidak terlalu di emosikan.

No comments: