Saturday, September 4, 2010

Sembang Gebang : Indonesia-Malaysia





Hubungan kedua-dua negara ini kembali bergolak dan keruh.Bezanya, pergolakkan kali ini tidaklah seteruk seperti peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1964 ataupun lebih dikenali dengan projek "Ganyang Malaysia".

Konfronstasi Indonesia-Malaysia 1962-1964 yang lebih bersifat militer berlaku dengan melibatkan permerintah Indonesia Presiden Ir Soekarno yang menentang penubuhan Malaysia 1963.Bermakna melibatkan politik kedua-dua negara.

Manakala pergolakkan kali ini pula, lebih terarah pada rakyat kedua-dua negara.Berpunca kerana bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia..Belum reda lagi kes Manohara,orang gaji kena tibai,buruh indon tak di bayar gaji tarian pandet lantas kes baru-baru ini menjadikan rakyat indon semakin emo.

Begitu juga rakyat Malaysia yang turut emo kerana kes jenayah pekerja asing indonesia di Malaysia dan kes ariel Peteporn bersetubuh punya video.

Rasanya,pemerintah kedua-dua negara ini tidak lagi berminat melaksanakan projek Ganyang mengganyang.Tentunya mereka menyedari kepentingan yang diraih antara dua negara ini.

Indonesia tentunya sedar, 2 juta tenaga kerjanya ada di Malaysia.Dan Malaysia juga sedar kepentingan pelaburan mereka juga ada di Indonesia.

Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dari segi budaya,hiburan,makanan,bahasa,dan lain-lain.Ini kerana,dari dulu lagi proses migrasi telah berlaku.

Sejarah telah merekodkan bahwa Parameswara talah berhijrah dari Sriwijaya dan membuka kerajaan Malaka.Kedua-dua negara(Indonesia-Malaysia) pernah mengganut agama hindu sebelum kedatangan islam ke nusantara.

Malah populasi masyarakat Jawa dan Banjar ramai di Malaysia.Muka-muka jawa masih boleh di kenal pasti, begitu juga dengan bahasanya yang masih di tutur walaupun tidak kerap.

Kita biasa mendengar cakap-cakap bahwa Malaysia dan Indonesia adalah bangsa serumpun.Tetapi persengketaan masih tidak dapat dielakkan.

Kedua-dua negara ini juga pernah di jajah, Malaysia oleh Inggeris dan Indonesia oleh Belanda.Barangkali perbedaan kaum penjajah telah memisahkan kedua-dua rumpun ini.Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 menjadi titik mula peristiwa pemisahan ini.

Indonesia terkenal dengan perjuangan revolusi rakyat mereka menentang penjajah Dutch, malah Malaysia juga turut terinspirasi dengan perjuangan rakyat indonesia menentang penjajah Inggeris.Ini di buktikan dengan kemasukkan kader-kader pejuang kemerdekaan dari Indonesia ke dalam Parti haluan kiri Malaya ketika itu seperti KMM,PKMM dan API untuk meniupkan semboyan merdeka.Malah,terdapat cita-cita untuk menyatukan semenanjung tanah Melayu dan Indonesia bagi membentuk Indonesia Raya.

Dalam situasi rakyat kedua-dua negara yang sedang emo, bukan lah bermaksud kita harus berterima kasih kepada indonesia kerana menginspirasikan kemerdekaan kepada Malaysia.Bukan juga bermaksud Indonesia perlu berterima kasih kerana rakyatnya sejumlah 2 juta dapat mencari rezaki di Malaysia.Ini bukan soal siapa lebih 'aryan' dan hebat.

Persengketaan adalah pembodohan.Kaum penjajah berjaya merealisasikan bahawa konsep negara bangsa memecah belahkan kita walaupun kita adalah seagama,serumpun dan sebahasa.
Hanya kerana 'kita' Malaysia dan 'dia' Indonesia maka kita mesti bersengketa.

Lebih-lebih lagi,seperti mentaliti kita di kuasai bahawa semua orang Indonesia itu sial, dan semua orang Malaysia itu juga sial.Seperti tidak ada orang yang cintakan keamanan dan menentang ketidakadilan dari kedua-dua negara.

Indonesia dan Malaysia telah Merdeka lebih dari setengah abad.Mentaliti generasi muda kedua-kedua negara ini sepatutnya lebih di cerahkan daripada hanya menekan keyboard memaki hamun bersengketa di laman maya.


You may say that I'm a dreamer. But I'm not the only one. I hope someday you'll join us. And the world will be as one. -John Lennon-





No comments: