Saturday, December 31, 2011
Berak 4.0 : Jamban Masa Hadapan
ZEUSSSSSSSSSSSSSSS !
Sekarang Rashid berada di tahun 2100.
Rashid berada di hadapan tandas awam, sekelilingnya nampak aneh dan canggih. Rashid bergegas masuk untuk berak, sengaja Rashid biarkan dirinya tak berak dua hari semata-mata mahu mencuba kecanggihan jamban masa hadapan.
Pintu tandas terbuka dengan auto, Rashid sedikit kagum. Di hadapannya ialah jamban duduk, Rashid mengambil posisi, di tepi mangkuk tandas terdapat tiga butang, butang merah, biru dan hijau. Perasaan ingin tahu Rashid memang kuat, dengan selamba Rashid menekan butang merah.
ZUPPPP!
Jamban duduk tadi berubah menjadi jamban cangkung, oh rupanya butang merah tadi adalah butang untuk menukar mode jamban, Rashid mengangguk tanda faham. Rashid membiarkan mode jamban menjadi jamban cangkung kerana bagi Rashid jamban cangkung adalah senaman untuk menguatkan otot peha dan kekuda.
Rashid gatal tangan lagi, kali ini Rashid menekan butang biru, beberapa saat selepas itu segenap tandas berbau harum seperti haruman White Musk, fahamlah Rashid bahawasanya butang biru itu fungsinya mengeluarkan haruman untuk mereka yang gas kentutnya bau macam haram.
Kerana dah tak tahan Rashid pun berak.
Selesai berak tapi Rashid masih belum cebok , Rashid terlupa ada satu butang lagi yang masih belum di usik, iaitu butang berwarna hijau. Rashid tekan sambil dalam posisi mencangkung.
Tiba-tiba Rashid merasakan ada sesuatu yang bergerak di bahagian bawahnya. Benda itu seperti sedang mencebok. Rashid mengangkat kedua-dua tangannya. " Aik siapa yang cebok ni ?"
Rashid menundukkan kepala melihat ke bawah, alangkah terperanjatnya Rashid melihat tangan dan jejari besi sedang menceboknya. Argghhhhhhhh!, Rashid menjerit.
Apalagi, Rashid terus berlari keluar meninggalkan seluarnya.
Bodoh Rashid, butang hijau tu fungsinya untuk cebok berak.
Wednesday, December 28, 2011
Harapan Terakhir
Satu-satunya harapan terakhir untuk melenyapkan KPOP dari muka bumi.
Hail Kim jong Un ! Hail Gemok ! Hail Fei Mao !
Tuesday, December 27, 2011
Bangunan Yang Tak Siap
Bangunan ini letaknya di tengah-tengah kesibukan kota. Nampak rompong dan mencacatkan panorama metropolitan.
Bangunan yang tak siap ini adalah lambang kegagalan pemaju. Ia hanya menjadi sarang burung walit dan setan bertenggek.
Lalu, aku lihat pada diri aku, yang masih belum siap-siap. Sama seperti bangunan itu.
Tuhan, persiapkan aku, agar aku bersiap sedia.
Persiapkan aku, agar aku tak sia-sia.
Ramai manusia yang gagal, kerana mereka sangka mereka telah cukup siap.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, December 24, 2011
Bidadari
Ini adalah bidadari saya ( yang belah kiri )
Setiap tahun iaitu pada Hari Krismas adalah hari lahir bidadari saya. Dan sekali lagi untuk ke 41 satu tahun, hari ini merupakan hari lahirnya.
Ini bermakna setiap kali 25 disember saya akan merayakan sesuatu, walaupun bukan perayaan hari natal tetapi merayakan bidadari ini adalah yang terindah buat saya.
Jika Isa dari Nazareth di rayakan oleh ummat kristian kerana menjadi penyelamat(yang di usapi) buat mereka, begitu juga dengan saya yang merayakan seorang bidadari yang telah Tuhan utus jadi cahaya hidup untuk saya dan adik-adik.
Jika Isa dari Nazareth memberi motivasi kepada Bani Israrel yang lemah longlai di bawah taklukan Romawi, maka begitu juga dengan saya, seorang bidadari telah mengajar saya dengan penuh kasih sayang supaya saya menjadi manusia yang tekad.
Jika Isa dari Nazareth mengharungi pelbagai cobaan dan ujian ketika menyampaikan perintah Tuhan, begitu juga dengan saya yang melihat bidadari ini kerap kali terjatuh, menangis dan berdarah tetapi masih mampu bangun memberi inspirasi untuk saya.Ya, bidadari ini sejuta kali lebih hebat dari Panglima Ludah.
Selamat Hari Lahir Norhayati.
Oh Tuhan, seandainya engkau beri pilihan buat ku untuk memilih sama ada seorang perempuan atau seorang ibu, maka kuatkanlah tekad ku untuk aku pilih seorang ibu.
Krismas
Ucap Marry Christmas boleh membawa kepada syirik.
Aku masih ingat, tahun lepas punya krismas kecoh tentang pemakaian baju Santa Claus, Walaupun Santa Claus itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Injil dan Santa Claus hanya lambang komersil perayaan krismas, sama seperti ketupat besar di shoping kompleks ketika Hari Raya Idul fitri.
Bila ada agamawan ortodoks yang mengatakan bahwa ucap Marry christmas boleh membawa kepada syirik, agamawan ini pasti tidak memahami konsep meraikan kosmpolitanisme dan kepelbgaian majmuk masyarakat.
Mazhab-mazhab kristian sendiri berselisih pendapat mengenai ketepatan tarik lahir Jesus, malah kitab Injil tidak menyebut tentang perayaan Krismas, tetapi hanya menceritakan tentang saat kelahiran Jesus.
Dan tentu, Santa Claus dan perayaan krismas merupakan bidaah dalam agama Kristian.Tetapi setelah sekian lama, ia telah menjadi budaya.Sama seperti budaya membeli belah dan mencekik juadah raya ketika Hari Raya Idul fitri.
Aku percaya, menghormati budaya orang lain tidak ada salahnya.
Hormati-lah, dan kau akan di hormati.
Friday, December 23, 2011
Tandu
Tuesday, December 13, 2011
Berak 3.0
"Ha ok, ok, kau rilek je k.."
Setengah jam kemudian,
"Hello Syid, Terima kasih dowh berakkan aku, punya la aku sakit perut tadi, boleh pulak area rumah aku ni takde air, celake, Thanks dowh..."
"hehe, takpe, takpe, takde hal.."
++++++
"Weh mer, engkau tolong berakkan aku, aku kena jumpa lecturer ni, masa ni pulak perut aku meragam, tolong ea..."
"ha ok, ok, kau jangan risau, aku tahu kerja aku".
Setengah jam kemudian,
" weh mer, thanks la berakkan aku tadi, nasib baik ada kau weh, kalau tak mesti lecturer tu mengamuk."
"sama-sama, erm tapi engkau ni kena banyak minum air la aku rasa"
"Apsal weh ?"
"Engkau punya tahi keras"
++++++++
Alangkah indahnya jika manusia mempunyai kelebihan memberakkan manusia lain, kerja jadi mudah dan masa dapat di manfaatkan seoptimumnya.Tapi, Tuhan pasti punya sebab relevan mengapa kelebihan ini tiada pada manusia.
Monday, December 12, 2011
Saturday, December 10, 2011
Berak 2.0
Macam biasa di waktu pagi, perut Rashid meragam dan memulas-mulas.
Rashid pun bergegas ke tandas dengan berlari lari anak.
Rashid mempercepatkan lariannya kerana merasakan kumbahannya sudah hujung-hujung untuk di lahirkan.Malu la Rashid, dah besar tapi tercirit dalam seluar.
Rashid memandang pintu tandas dengan penuh harapan, ya, pintu tandas itu lah harapan terakhir untuk menyelamatkannya.Di sebalik muka tahan berak itu, Rashid mampu tersenyum.
Rashid terus menolak pintu tandas tersebut, tetapi akibat terburu-buru dan gelojoh, Rashid tergelicir dek kerana geseran pada lantai yang basah, lalu kaki kanan Rashid terpelosok ke dalam lubang jamban.
Rashid cuba menarik kaki kanannya keluar dari lubang itu, tapi nampaknya sia-sia, kakinya terpelosok agak dalam dan tersekat di situ.
Ha, sekarang ni Rashid nak berak macam mana ?
Thursday, December 8, 2011
Imajinasi 2 : Percintaan Achid Dan Ros
Suatu hari, Achid dan Ros telah berjanji untuk pulang bersama-sama ke Kolej mereka, Ros telah sedia menuggu Achid di susur jalan keluar ke Lebuhraya.Lebih kurang setengah jam Ros menunggu, Achid pun sampai.
"Achid kenapa lambat sangat ni !, Ros nak merajuk la macam ni", Ros memaling mukanya tanda protes.
"Sorry sayang, i sakit perut tadi, singgah berak dekat petrol pam kejap, sorry ea, Muwah ! Muwah! " pujuk Achid.
Hanya dengan dua kali muwah muwah, Ros kembali tersenyum.Oh ye, mereka berdua menaiki motorsikal yang berasingan sebagai tanda percintaan islamik. Achid jalan kedepan, manakala Ros mengikut di belakang Achid, sekali sekala Achid memandang ke cermin sisi, memantau keadaan kekasihnya itu.
Tiba-tiba Ros memecut Achid sambil menghulurkan keropok, " Achid, nah amek ni, mamam sikit "
"Terima Kasih sayang, muwah, muwah", Achid senyum sambil keropok melekat di bibir, Ros membalas senyum Achid.
Mereka berdua memandu di bahagian paling kiri sekali, kebiasaan untuk kenderaan seperti motor dan lori.
"Sayang,sayang! tolong amek gambar Ros !", Tiba-tiba Ros mengherdik Achid.
Punya la Achid terkejut sampai, tersembur keluar keropok yang sedang di kunyah Achid.
"Sayang, lain kali jangan buat achid terperanjat, hesh sayang ni, muwah, muwah."
Achid mengeluarkan telipon bimbitnya, dan menukar setting kamera, Achid menfokuskan kamera taliponnya pada wajah Ros, Achid ni memang power kalau bab-bab amek gambar atas motor ni, sebelah tangan bawak motor, sebelah tangan tangkap gambar.
'Ok, ready sayang, ready taw, muwah muwah", Achid memberi arahan.
Ros pulak buat muka cute tipikal awek-awek di pesbuk sambil tangan tunjuk peace.
Pap! satu gambar berjaya di ambil oleh Achid. Ros tukar gaya posing, kali ini mencucuk jari telunjuk ke pipinya, pose cucuk jari telunjuk ke pipi ni memang tengah popular dekat pesbuk sekarang.
"Achid, nanti upload dekat facebook taw ! "
" Ok sayang!, muwah, muwah.", Achid hanya mampu taat kepada kekasihnya, kang tak upload merajuk pulak.
Pinnn! Pinnn!, tiba-tiba terdengar bunyi hon dari sebuah lori tangki di belakang Ros yang sedang memecut laju, hampir-hampir hendak melanggar Ros. Ros mengelak lalu serta merta berhenti di bahu jalan, Ros nampak terkejut, mana taknya lagi sikit nak jadi arwah.
Achid hanya mampu melihat sambil mengetap bibir menahan marah, " Sayang ! tunggu situ !", jerit Achid kepada Ros. "Ah lupa pulak, Muwah,muwah!", tambah Achid.
Achid terus memecut laju, matlamatnya untuk memotong lori tangki tadi.
"Lahabau kau !", Achid mencarut di dalam helmet.
Kini posisi Achid sudah berada di sebelah lori tangki tersebut. Achid memecut lagi untuk sampai ke bahagian pemandu lori itu.
" Weh, celake !", Achid menjerit memanggil pemandu lori itu tetapi pemandu itu hanya buat-buat tak tahu.
Dengan pantas, Achid membuka helmet di kepalanya, lalu dengan kudrat jantannya, helmet tersebut di baling ke arah pemandu lori tadi. Gedebuk! helmet itu tepat mengenai kepala pemandu lori itu.Kondisi lori tidak terkawal, terhuyung hayang lori tangki tersebut, lori itu melanggar pembahagi jalan lalu meletup, KEBOM!
Achid hanya terseyum melihat lori itu meletup dan kembali mendapatkan kekasihnya, Ros, yang masih setia menanti di bahu jalan.
" Jom sayang, Muwah muwah".
Monday, December 5, 2011
Berak
" Tak tahannya, tak tahannya, ishhh macam nak keluar ni !, Argghhh !"
Ros berlari-lari anak menuju ke tandas, dengan harapan agar kumbahannya tidak bersepah.
Ros pasang kuda-kuda untuk beraksi.
Tiba-tiba, " Weh Pia ! kau buat apa sini ?
Bukan main terkejut Ros bila nampak kepala Pia muncul dari lubang itu.Entah magic apa yang Pia buat.
" Hik hik, takde pape, akak busok tembam, hehe..."
Ujar pia dengan selamba sambil jari telunjuknya mencucuk pipi.
Ros keluar dengan muka marah, hajat tak kesampaian.
Imajinasi 1
Di depan aku adalah sebuah lori besar yang membawa muatan berat berisi kayu balak.Oleh kerana lori di depan aku ni lembab dan cara pemanduan aku pula mengikut piawaian mat rempit yang panas baran, maka aku membuat keputusan untuk memotong lori itu.
Aku setting gear dan mula membuat pecutan, mulut aku terkumat kamit menyanyikan lagu Cinta Muka Buku, aku dah sampai ke bahagian pertengahan lagu iaitu part " Pabila kau renung tajam-tajam mata aku, Ku rasa sesuatu yang ku tak tahu Oooo...Ini cinta remajaku...". Nah, sekarang aku berada di sebelah kiri lori gedabak ni, dengan rasa takjub aku memandang lori itu, lagu Cinta Muka Buku aku hentikan.
Aku lihat memang besar betul kayu balak yang di bawa lori itu, ada lima batang kayu balak yang di ikat, oleh kerana aku berada di sebelah lori tersebut, maka aku dapat melihat kayu balak itu dengan dekat tanpa perlu mengeZoom menggunakan kamera DSLR milik anak-anak muda melayu di Pavilion.
" Peh, besar betul kayu ni, ini kalau kayu ni jatuh ni...kalau jatuh ni...kena aku memang baler ni, peh ! ", ujar aku sambil menggeleng geleng kepala.
Aku abaikan lori itu dan kembali sambung menyanyi lagu Cinta Muka Buku, " Pabila kau katakan kau suka aku, ku terdiam terkedu mana nak tu.....", Ketarppppp! aku terhenti menyanyi kerana aku terdengar sesuatu, aku toleh ke arah lori itu, aku lihat kayu balak tadi sedang bergerak untuk jatuh.
Ya, kayu balak itu terjatuh ke arah aku, menghepap kepala aku, aku terjatuh, motor aku berpusing-pusing tanpa kawalan. Darah bersepah.
Aku pun mati.Innalillah.
Besoknya, kesemua akhbar tempatan terutamanya Metro dan kosmo menjadikan berita kemalangan aku sebagai tajuk muka hadapan, tidak lupa juga tabloid Mastika.
Thursday, December 1, 2011
Senyum Dalam Helmet
Di atas bahu jalan.
Yang keras.
Lagi lebar.
Aku memandu kuda berenjin.
Dengan penuh rasa tawadduk.
Di celahan lori menggila.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.
Aku melintasi sebuah kereta buatan nasional.
Dalam nya berisi pasangan kekasih.
Sedang bermadu kasih.
Entah nikah entah tidak.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.
Lagi ke depan, aku melintasi lagi.
Sebuah kereta yang feminis.
Wah, dalamnya ada susuk seorang awek.
Memegang stering penuh jelita.
Dengan gaya egois, aku memecut.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.
Sialan, aku hampir melayang.
Ada bas gedabak yang memecut laju.
Tanpa menghiraukan aku yang kerdil.
Dasar bedebah.
Kali ini aku tidak senyum.
Aku mencarut dalam helmet.
Neraka Wail untuk engkau !
Saturday, November 26, 2011
Pengembaraan Shamim SuperJunior Ke Korea Selatan Dan Takdir Yang Telah di Tetapkan.
Punya lah Shamim teruja, sambil mengheret bagasi dengan muka bangga, orang-orang di sekeling yang mengisi segenap ruang terminal KLIA Shamim hiraukan, matanya yang di salut kontek lens tertumpu pada poster SuperJunior di tangan kanan.
"Mannaseo Bangabseumnida ", hik hik hik, Shamim tertawa seorang diri sambil tersipu malu. Mungkin Shamim merasakan dirinya comel berkelakuan begitu.
Kemudian, Shamim mengelurkan telefon bimbitnya sambil menekan papan kekunci berkenaan.Rupanya Shamim hendak membuat panggilan, telefon bimbit itu telah sedia di lekatkan ke telinganya yang capang.
" Hello Mer,Annyeong Haseyo "
" Ermm, Assalamualaikum... "
" Hik hik, cewahh, baik pula Amer ni , sehat Mer ? "
" Ah dengar suara kau terus tak sehat "
" Hik hik, nakal la Amer ni, Amer aku nak bagi tahu ni, kejap lagi aku nak gerak dah, Flight aku dah ready dah tu "
" Amer, sampai hati cakap macam tu,ermmm...eee, aku tak sabar nak cium pipi abang-abang SuperJunior tu! "
" Jenis gay kau ni, kau patutnya join Seksualiti Merdeka."
"hik hik, ok la Mer aku nak gerak ni, Mannaseo Bangabseumnida !"
" Ha apa dia ? bangang ? aku dengar bangang je tadi . "
" bukan la , Mannaseo Bangabseumnida !, bye Mer ! Sarang Hae !
" Ya Tuhan, makbul kan la doa ku , agar dia Eksiden "
Tettttttttttt. Shamim terus bergegas menuju ke kaunter untuk urusan perlepasan.
++++
Hampir lima jam shamim berada di dalam pesawat, semua makanan yang di hidangkan telah selesai Shamim telan.Sebentar lagi, pesawat yang Shamim naiki ini akan sampai ke Lapangan Terbang Jeju.
Shamim senyum ke arah pramugari yang berjalan di sisi kerusinya. Shamim bajet dengan mukanya yang ala-ala korea tu boleh di jadikan modal untuk mengurat pramugari berkenaan.
Pramugari itu senyum kembali sebagai membalas senyuman Shamim, tapi sebenarnya senyuman pramugari itu tidak lebih sekadar layanan mesra kepada pelanggan.
Shamim kembali merenung poster SuperJunior-nya sambil tersenyum miang.
KEBOOOMMM!!!
Ada bunyi letupan yang kuat datang dari bawah pesawat!, seisi penumpang di dalam pesawat menjadi cemas dan terkejut.Shamim mengalihkan perhatian memerhati ke kiri dan kanan seperti tidak tahu apa yang berlaku.
" Perhatian kepada semua penumpang, ada letupan berlaku di bahagian enjin pesawat, pihak kami akan segera mengawal keadaan, semua penumpang di harap bertenang ! "
Mendengar pengumuman itu, seisi pesawat termasuk Shamim menjadi gelabah dan tak keruan.
" Ya Tuhan, ya Tuhan...", setelah sekian lama Shamim menyebut kalimah Korea, baru sekarang Shamim menyeru Tuhan, tapi segalanya mungkin telah terlambat.
KEBOOOMMMM!!!
ah, sekali lagi bunyi, letupan kedengaran, tapi kali ini lebih kuat !,pergerakkan pesawat mula tidak stabil, terhuyang hayang penumpang di buatnya.Kesemua penumpang mula menjerit, pergerakkan pesawat di luar kawalan, terasa benar pesawat akan terjatuh.Shamim hanya mampu berdoa.
KEBOOOOMMMM!!!!
Dan ini adalah letupan ke tiga yakni yang terakhir.Pesawat pun terhempas.
++++++
PANG!!!!
Pipi Shamim di lempang, Shamim tersedar, matanya di buka pelan-pelan, di hadapan Shamim berdiri seorang lelaki berseragam tentera yang mukanya Shamim yakin benar ini adalah orang Korea.
"Annyeong Haseyo ! saya Shamim, apa yang terjadi ?Saya dekat Korea Selatan kan ? saya kena jumpa SuperJunior ni, mana SuperJunior ? mana ?"
PANG!!!
Untuk kali kedua, Shamim di lempang, kali ni Shamim tersungkur sampai tertanggal kontek lens Shamim.
" Kau sorang je terselamat dalam pesawat tu, kau berada di Pyongyang, kau di tahan kerana menceroboh Republik Komunis Korea Utara ! " ujar askar tersebut.
Ya, itu lah kali terakhir saya mendengar suara Shamim di telefon, dan semenjak itu saya tidak mendengar lagi cerita tentang Shamim. Khabarnya Shamim sekarang menjadi buruh paksa mengangkat uranium di loji nuklear Pyongyang, saya harap Shamim terhindar dari radiasi radioaktif.
Semoga kisah Shamim yang bercita-cita ke Korea Selatan tapi terlajak ke Korea Utara, akan terus berlaku kepada mereka yang terlampau obses dengan K-POP, biar padan muka kau !
![]() |
K-POP versi Korea Utara |
Thursday, November 24, 2011
Dua puluh satu
Wednesday, November 23, 2011
Aku suka filem ni.
Ini Filem tentang John Lennon sewaktu zaman remajanya, sebelum dia menubuhkan grup lagenda The Beatles, kisah bagaimana John mengenal musik, mangagumi Elvis, menubuhkan grup skiffle, The Quarrymen, bertemu Paul dan George.Aku lebih tertarik pada babak konflik keluarga yang di hadapi John dan ibunya.
Aku suka filem ni bukan kerana John, tetapi kerana aku berkongsi rasa dengan John. Ibu bapa John bercerai ketika John masih kecil. Jadi, aku rasa apa yang John rasa. Aku rasa keanehan yang John anehkan.Aku rasa ketidakpuasan yang John tidak puaskan.Aku rasa pemberontakkan yang John berontakkan. Aku rasa kemurungan yang John murungkan.Aku rasa kecemburuan yang John cemburukan dan aku rasa kepiluan yang John pilukan.
Tuesday, November 22, 2011
Hujan
Aku sendiri lihat persiapan awan sebelum menangis, bersungguh-sungguh mereka bergabung dan bertukar warna menjadi malap gelita.
Aku terfikir, apa kah jantina awan ini ?
Lelaki atau perempuan ? jantan atau betina ?
Seandainya kau perempuan hai awan.
Aku nasihatkan kau.
"Cubalah Libresse"
Sunday, November 13, 2011
SPM
SPM ni takpayah serius sangat pun takpe, banyak lagi rancangan realiti dekat TV tu, tak pun boleh terus main basikal Fixie sampai mampus.
Sunday, November 6, 2011
Sunat
Amirul: ala... Tak nak......
Amir : Kenapa adik tak nak ?
Amirul : Adik sayang konek adik, kesian dia nanti kena potong.
Amir : Along paham, tapi hidup ini kena ada pengorbanan dik. Adik nak dapat ramai awek kan ?
Amirul : Nak ! Nak !
Amir : bagus.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, November 5, 2011
Yang awal adalah Pengorbanan
Kau ragut rerumput dengan penuh eksotik.
Kau sedang meraikan juadah terakhir
Yang entah belum pasti sempat di hadam atau tidak.
Kau seolah-olah redha dengan masa hadapan.
Adakah kau sedar bahawa rumput di mulut mu juga adalah korban seperti kau.
Korban untuk kelangsungan hidup.
Hakikatnya kau lebih mulia dari manusia.
Manusia yang hanya tahu berbuat fasad.
Dan kau sedang menuju Tuhan.
Bergembiralah.
Rumput di surga menantimu.
Rumput yang lebih segar dan enak.
Berbanding rumput di dunia yang telah di cemari tangan manusia.
Bergembiralah.
Nanti tubuh kau akan di jamah oleh mereka yang fakir.
Yang tak mampu memesan menu di McD.
Yang di sisih dari sistem ekonomi yang hanya di nikmati segelintir elit.
Bergembiralah kerana mereka akan bergembira.
Ketahuilah.
Adam dan Hawa berkorban turun ke dunia kerana mengharap keampunan Tuhan.
Hanya satu sperma yang akan berjaya, selebihnya menjadi korban.
Seorang ibu berkorban kudrat melahirkan seorang anak.
Tiada kehidupan tanpa pengorbanan.
Tiada kematian tanpa pengorbanan.
Bukankah nanti, dunia ini akan di korbankan sebagai tanda kehidupan akhirat akan bermula ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, October 29, 2011
Takutkan Socrates
Kata-kata ini mungkin menjadi asbab Socrates menemui ajalnya dengan meminum racun.Socrates merupakan tokoh filosof, kata "filosof itu maknanya orang yang mencintai kebijaksanaan.Socrates tidak pernah menganggap dirinya pandai dan bijaksana seperti kata-katanya yang masyur "Hanya satu yang aku tahu yaitu bahawasanya aku tidak tahu apa-apa". Kata-kata ni nampak poyo tetapi dalam maksud merendah diri.
Socrates adalah guru kepada filosof tersohor Plato, dan Plato pula adalah guru kepada Aristoteles.Ketiga-tiga trisakti ini sangat berpengaruh dalam aliran ilmu falsafah, baik dalam lingkungan intelektual islam mahupun eropa.
Rutin harian Socrates kebiasaannya ialah menemui orang di alun-alun dan pasar-pasar untuk berbicara dengan sesiapa saja yang di temuinya.Lazimnya, Socrates akan berdiskusi dengan orang tersebut, dia akan mengajukan pertanyaan-pertanyaan ketika memulai percakapan seakan-akan dia tidak mengetahui apa-apa.Dalam diskusi itu biasanya Socrates berjaya membuat para penentangnya mengakui kelemahan argumen mereka.
Socrates tidak ingin menggurui orang lain, tetapi dia memberi kesan sebagai seseorang yang selalu ingin belajar dari orang-orang lain yang di ajaknya berbicara, lagaknya bukan seperti seorang profesor sejarah yang memberi kuliah dengan nada yakin bahawa Malaysia tidak pernah di jajah.
Maka tidak hairan lah kerana perilaku Socrates ini, orang-orang menganggapnya amat menjengkelkan, terutama orang-orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.Tidak kurang juga yang menganggap Socrates seperti seorang badut di Athena.Bagi Socrates, Athena itu seperti seekor kuda yang lembam dan akulah pengganggu yang menyengatnya agar beringas.Inilah tugas intelektual dan cendekiawan, menjadi penganggu dengan meransang fikiran masyarakat yang longlai ke arah pencerahan.
Pada 399 SM, Socrates di dakwa memperkenalkan dewa-dewa baru dan meracuni fikiran orang muda, serta tidak mempercayai dewa-dewa yang telah diterima.Dia di dapati bersalah dan dihukum minum racun cemara.Ya, Socrates mati kerana mengangap kebenarannya lebih tinggi dari nyawanya.Ah, dia boleh saja meminta untuk di kurangkan hukumannya seperti bersetuju meninggalkan kota Athena.Tapi Tidak.
Apa yang berlaku pada Aziz Bari mungkin tidak seteruk Socrates, tetapi setelah 2400 tahun Socrates menjadi arwah , fenomena Takutkan Socrates masih terus berlaku.Socrates di takuti para pemerintah kerana dia mengetahui yang benar dah mahu bertindak benar.Aziz Bari juga begitu.Ini biasa terjadi pada ahli intelektual yang jujur.
Socrates memang sudah lama mati, tetapi selagi ada yang mengetahui yang benar dan akan bertindak benar maka dia itu lah Socrates, dia itu lah yang akan di takuti pemerintah yang sentiasa tidak selesa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, October 24, 2011
Solat bersama Che Guevara
Saturday, October 22, 2011
Himpun atau Tido ?
Banyak kali saya terfikir sama ada mahu sertai himpunan ini atau tidak(tidur atau bermain pesbuk), bukan apa, kebiasaannya himpunan begini pasti di sertai ramai awek-awek muslimah yang pastinya tidak mengenakan kain tudung yang pelik, bajet Hana Tajima.Mana lah tahu, jodoh saya terpatri di situ, terjumpa awek yang macam drama tahajud cinta, novel cinta islami, Ustazah pilihan ataupun Soleha.
Kita telah menekan suis panik, di balik perlindungan yang di beri oleh Perlembagaan dan pelbagai kelebihan eksklusif terhadap agama Islam, kita telah menekan suis itu.
Persaingan agama akan terus berlaku, selama adanya manusia dan agama maka ia akan terus berlaku.Manusia sejak dahulu telah berlumba menyebarkan agama mereka, lama dahulu sebelum Parameswara di islamkan, persaingan agama hindu dan buddha telah berlangsung,Empayar Srivijaya(Buddha) berdiri kemudian runtuh di ancam Majapahit (Hindu) , kemudian datang islam memenangi persaingan ini dan berjaya mengislamkan hampir keseluruhan semenanjung Melayu dan Kepulauan nusantara, tidak lupa juga agama Kristian yang turut sama bersaingan ketika Portugal, Belanda dan Inggeris melakukan dasar kolonial.
Persaingan agama ini secara zahirnya juga adalah seperti peperangan, yang memerlukan strategi dan taktik berkesan untuk memenangi peperangan itu.Dakwah Islamiyah memanggil ia sebagai manhaj atau uslub iaitu strategi bagi berdakwah.Dan apabila kita berhimpun(menekan suis panik) pada hari ini, adakah bermakna kita telah kalah dalam peperangan ini ?atau kita sedang meraikan kemenangan.
Kita lebih cenderung memilih untuk meletakkan kesalahan pada orang lain(bukan diri sendiri), sikit-sikit salahkan Freemason, sikit-sikit salahkan Illuminati, sikit-sikit salahkan objek segi tiga, dan sikit-sikit salahkan Kristianisasi.Mereka yang tidak mengaku salah sendiri dan mensasarkan salahnya pada orang lain adalah umat yang sombong, umat yang sombong tempatnya adalah di tong sampah sejarah.
Sebaliknya mereka yang mengaku salah sendiri akan sedar tentang salahnya dan berusaha membaiki serta menjadi yang lebih baik,- ayat ni semua orang tahu, dan biasa dengar di sekolah atau kem motivasi-
Kita mampu untuk jadi umat yang kuat jati diri agamanya jika kita tahu sedar akan kekurangan sendiri dan berusaha menjadi mekanik membaiki bahagian yang lemah.Munsyi Abdullah Bin Abdul Kadir adalah contoh susuk yang kuat jati diri agamanya, Munsyi Abdullah berkerja sebagai guru bahasa dan penterjemah bagi penjajah Inggeris, beliau juga menterjemah bible ke dalam bahasa melayu, namun sejarah tidak menyaksikan beliau murtad, malah beliau terus kekal dengan jati diri agamanya.Begitu juga dengan Ibnu Rushd yang mengkaji falsafah klasik yunani, sebelum Ibnu Rushd tampil dengan hujahnya, terdapat cubaan mengkafirkan filasuf muslim, ilmu falsafah pada waktu itu sangat asing dan menjengkelkan,bahkan Ibnu Rushd bukan sahaja mampu mengekalkan jati diri agamanya, beliau juga menempah nama di zaman Renaissance eropah.
Sehingga entry ini siap di tulis, saya merasakan tido adalah pilihan yang terbaik pernah saya lakukan.
Lagi pun musim hujan, kalau petang bukan main lebat lagi hujan, jadi tak sesuai pergi ke stadium.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, October 18, 2011
Bunian
Macam biasa aku parking pot tepi aircond, di belah hujung dewan, itu pot biasa aku, Malaikat pembawa barakah pasti sudah kenal, siapa punya pot kerusi tu.
"Bismillah", aku melafazkan kalimah suci itu untuk kali ke dua, sambil meletakkan punggung ke kerusi berkusyen empuk.
Di belakang aku terdengar suara beberapa wanita berleter-leter ala mak-mak di rumah.Aku memandang ke belakang sambil buat muka annoying.
Dan macam biasa line up di belakang aku adalah orang yang sama, Kak Amiey Rosmainie sedang becok bercakap sambil kadang-kadang terdengar dua tiga butir kalimah korea,pengaruh drama korea barangkali.Sebelahnya, Sufiea D'am0ur sedang gigih memakai kontek lens barunya manakala tangan kanannya ligat mengenakan celak ke mata. Spek matanya entah ke mana hilang, pengaruh drama korea mungkin.Di sebelah Sufiea D'am0ur pula adalah Mardhiah Zawawi, jari jemarinya sedang menekan gadget canggih, macam biasa, dia tengah praktis main piano melalui gadjet canggih beliau, pengaruh drama korea la, apa lagi.
Aku tinggalkan ketiga-tiga wanita tadi dengan dunia Korea mereka sedangkan kaki mereka tak pernah ke Korea Selatan, apatah lagi Korea Utara.Aku bersandar melepaskan lelah, ah lambat pulak lecturer ni nak masuk, aku kerutkan dahi, tanda anak muda dahagakan ilmu. Sementara menunggu, aku sempat alunkan lagu " aku menunggumu dari Tuesday ,wednesday, Thursday", ala lagu annoying awi rafael tu.
"Hai sayang", aku tersentak dan serta merta berhenti menyanyi lagu awi rafael.Ah sudah dia datang pulak."Sayang buat apa sini, kan abang cakap tunggu dekat rumah, abang ada kelas ni kan", aku cakap dengan nada berbisik.
"Ala Cendana bosan la kat rumah, risau, mana tahu abang menggatal dengan perempuan-perempuan ni " Cendana memandang aku dengan memek muka yang manja sebijik macam muka Nurul Fathia.
"Tak, tak, abang tak gatal dengan siapa-siapa pun, janji !, lagi pun abang nak mengatal dengan siapa ? Ha siapa ?" Aku mencabar Cendana sebagai bukti kesetiaan aku. " Dengan dia !", Cendana mengacu jari telunjuk comelnya ke arah Sufiea D'am0ur yang masih lagi mengenakan celak ke matanya.
" Euwwww, jangan harap, dah la, sayang balik dulu ea, abang tengah kelas ni", aku cuba memujuk Cendana." Taknak la, nak teman abang ! " Serentak, Cendana duduk ke atas riba aku, mata aku terbeliak ke atas. " Erkkk, sayang jangan macam ni, abang tak fokus nak belajar la kalau macam ni", Cendana hanya tersenyum manis sambil menyandarkan kepalanya ke bahu aku yang sasa sebijik macam Aaron Aziz.
"Amir kau ni kenapa ? ", Kak Amiey Rosmainie tiba-tiba menegur aku , aku sedikit gelabah, "takde pape, kenapa kak ?"Aku memusingkan kepala ke belakang." Kau cakap dengan siapa ? Dari tadi akak tengok kau bising je.", Kak Amiey Rosmainie memandang aku persis peserta Rancangan Islamik Solehah membuat promo." Takde pape la kak, saya nyanyi lagu Awi Rafael tadi",aku cuba kaver line.
Kak Amiey mendiamkan diri dan kembali semula ke alam Koreanya, Sufiea D'am0ur masih setia menconteng celak ke matanya.Cendana pula tersenyum merenung aku sebijik macam renungan Juliana Evans." Ha, kan kak Amiey dah perasaan" bisik aku ke cuping telinga Cendana yang halus dan peww, Cendana hanya ter'hikhikhik' gedik tapi masih ayu.
"Assalammualaikum", ah lecturer dah masuk pulak dah, " Sayang pergi balik dulu ye, kelas abang dah setat ni", aku memberi arahan ala-ala suami romantik ," Tak nak!", Cendana berdegil, " pergi!", aku tinggikan dan keraskan sedikit volume suara ala-ala suami tegas.Muka Cendana berubah sedih tapi masih lagi comel sebijik macam muka Megan Fox."Ok, sayang boleh stay sini tapi jangan kacau abang nak belajar taw, ok, janji ?", pujuk aku."Janji !", balas Cendana.
"Amir kau boleh diam tak, bising la kau ni, Lecturer kat depan pun kau nak bising !", untuk kali kedua Kak Amiey menegur aku, kali ni tegurannya agak shadid, " Sorry kak, sorry, saya ketagih betul la dengan lagu Awi Rafael ni",aku memberi alasan yang sama.
Lecturer di depan memulakan kelasnya dengan solawat dan mukadimahnya.Cendana masih merenung aku, mata aku pulak fokus kepada susuk Lecturer di hadapan, " Abang, malam ni kita pergi ICT shah alam nak ?",Ah sudah, celaka apa pergi tempat macam tu. "Ok", aku membalas ringkas menyejukkan hati Cendana.
Cendana mengambil pen aku, lalu hujung pen yang tajam itu di main-mainkan pada leher aku yang seksi sebijik macam Gambit Saifullah.
"Conteng leher abang, Conteng leher abang, hikhikhik", Cendana cuba bergurau tak bertempat dengan aku.
"Sayang apa ni, abang tengah belajar ni kan, tak mau la", aku cuba melarang perbuatan Cendana yang makin menjadi-jadi.Cendana hanya diam dan terus memainkan mata pen itu ke kulit leher aku." Ishhh, geli la sayang, dah lah", tapi cendana terus menerus melakukan aksi itu
" Amir ! Kau ni bising la ", Kak Amiey menegur aku untuk kali ketiga, serentak dengan teguran itu, Paaaaap ! Kepala aku di hentam File tebal oleh Kak Amiey, akibat terkejut dengan hentaman itu, aku tertunduk lalu leher aku tercucuk mata pen yang di mainkan oleh Cendana.
Plashhhh! darah memercik keluar dari leher aku, sampai terpercik ke belakang lalu terkena mata Sufiea D'am0ur yang baru tadi memakai kontek lens dan celak.
Sunday, October 9, 2011
BULAN

Saturday, October 8, 2011
Perokok Tenang Saja.
Monday, October 3, 2011
Hantu DotA ( Penampakkan Arwah DotA)
Tuesday, August 23, 2011
Sedih

Tunduk elak memang helah nya
Tangan umur 3 tahun cuba genggam satu semesta
Tak sakit
Tak sakit nawaitu nya ada
Tergesa gesa rasa gelisah ini pasrah
Ku lihat kabur ku harus akur aku tunduk
Friday, July 8, 2011
Bintang ganjil di balik Cahaya Kuning

Monday, June 20, 2011
KETAGIH
Kelmarin, aku melempang matahari kerana panasnya memanggang kulit ku.

Thursday, May 26, 2011
Pembawa Rahmat
Wednesday, May 25, 2011
Air Tangan
Wednesday, April 20, 2011
Apa yang Anda tahu wahai gadis-gadis Melayu, tentang mamat Korea anda ?
Monday, April 18, 2011
Pengembaraan Penuh Bergaya Izzul Afiq : Melempang Adolf Hitler
Cuaca di Berlin suram dan dingin, ianya tentu petanda ajal Kerajaan Nazi sudah hampir.Izzul Afiq menyusuri jalan-jalan yang musnah akibat bedilan Tentera Merah dan Nazi Aryan.Target tempat yang di tuju sudah semakin hampir.
Ya, di hadapan Izzul Afiq adalah sarang yang di katakan Fuhrerbunker, tempat persembunyian Adolf Hitler, hari-hari terakhir sa-orang Hitler sangat tragis, menikus di markas bawah tanah.Tentera Merah Soviet semakin menghampiri Berlin, kelak akan mengepungnya.
Izzul Afiq, seorang anak kelahiran Chemor, Perak, datang dari masa hadapan dengan satu tujuan. Izzul Afiq menghampiri Fuhrerbunker, di hadapannya berdiri dua orang soldier SS yang asyik menghisap tembakau." Berhenti ! Siapa kau ! ", teriak salah seorang soldier SS tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran Izzul Afiq.
"Aku Izzul Afiq, asal dari Malaya, jajahan empayar Jepun, kau orang punya sekutu jugaaaak", jawab Izzul Afiq dengan tenang ala-ala lelaki Melayu.
" Tipu ! aku belum pernah lihat muka manusia seperti kau, kau bukan asal dari sini, kau juga bukan dari Soviet Darul Komunis, kan ? ", soldier SS itu mula merasa was-was.
" Kau ni bangang apa, kan aku cakap tadi aku dari Malaya, cepat bawak aku jumpa Hitler, aku nak sampaikan maklumat, cepatttt ", Izzul Afiq mula panas dengan soldier SS yang bangang.
"Ikut aku", Izzul Afiq mengikut buntut soldier SS tersebut, mereka menuruni anak tangga, dan melewati lorong yang sedikit sempit, suasananya agak malap.Rupanya, FuhrerBunker itu sangat besar dan sistemetik, terdapat banyak bilik yang Izzul Afiq sendiri tidak tahu apa di dalamnya.
Izzul Afiq sempat melirikkan senyuman kepada seorang gadis Jerman yang lalu berselisih dengannya.Entah siapa gadis itu, mungkin mainan tentera SS gamaknya.Gadis Jerman itu membalas senyuman Izzul Afiq.Kini, Izzul Afiq tahu bahawa lelaki Melayu mampu go internasional.
"Tunggu sini", Soldier SS itu masuk ke dalam bilik besar yang di kawal oleh sekumpulan Soldier SS yang lain. Izzul Afiq berdiri pegun sambil pandang kerek pada tentera SS yang mengawal.
"Kau boleh masuk, sampaikan maklumat kau pada Fuhrer", ujar Soldier SS yang baru sahaja keluar dari bilik besar tersebut.
Izzul Afiq melangkah masuk sambil memulas tombol pintu dengan angkuh.
Kelihatan, seorang lelaki yang tak berapa tua sedang duduk, lelaki itu memakai seragam formal sambil memandang serius Izzul Afiq.Ya, itu lah Adolf Hitler, manakala, di penjuru bilik itu, berdiri seorang lagi lelaki, itu adalah Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Nazi.
“Siapa kau anak muda ? kau bukan orang Aryan Jerman, Adakah kau yahudi ?”, Hitler mula menegur Izzul Afiq.
“ Aku Izzul Afiq, kampungku Chemor, Malaya di Asia, aku bukan Yahudi, aku Melayu”, jawab izzul Afiq.
“Jadi kau bukan Bangsa Aryan Jerman, apa maklumat yang ingin kau sampaikan ?”, Hitler masih fokus terhadap Izzul Afiq, manakala Joseph Goebbels diam menjadi pemerhati.
“HAHAHAHA”, Izzul afiq ketawa kerana melihat misai Hitler yang lucu, dari tadi lagi dia hendak ketawa, tapi kali ni dia tidak tahan.
“Kenapa kau ketawa ? “, Hitler pelik dengan kelakuan anak muda itu.
“Kau ni pandai cukur misai ke tak ? ok lah, aku bukan orang Aryan yang hebat, tapi di Malaysia aku adalah masyarakat ketuanan Melayu, kalau kau bangga dengan lambang swastika kau, kami bangga denga keris”, jawab Izzul afiq dengan tenang dan tartil.
“ Apa kau cakap ni ? kau jangan main-main, aku ni Hitler tahu tak ! tahu !”, Hitler mula meninggikan suaranya, mukanya marah.
“ Aku ni sebenarnya, dah lama panas dengan kau, kau tahu tak ada orang yang anggap kau ni hero mereka, padahal kau ni setannnnnnnn! Kau setannnnnnnnnn !”
Paaaannnnngggggggggggg!
Sepantas kilat Izzul Afiq menampar kepala Hitler, Hitler terjatuh di tepi meja pejabatnya.
Joseph Goebbels yang memerhati dari tadi terkejut dengan tindakan Izzul Afiq.
Tanpa membuang masa, Izzul Afiq terus menarik misai Hitler yang masih lagi terkejut dengan tamparan Izzul Afiq. Hitler menjerit.
Izzul Afiq menarik misai Hitler dengan sekuat hati. Misai itu tercabut, darah terpecik dan jeritan Hitler tidak kedengaran lagi.
Izzul Afiq berundur tiga langkah ke belakang, sambil tersenyum puas. Jasad Hitler masih lagi kaku.
Joseph Goebbels meluru kearah Hitler yang sedang terbaring.
“Fuhrer! Fuhrer !”, Joseph Goebbels meletakkan tangannya di dada Hitler.
“Cilake, kau pembunuh!”, Joseph Goebbels memandang Izzul Afiq.
“HAHAHAHAHA”, Izzul Afiq gelak besar, lalu menghaibkan diri dan hilang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Joseph Goebbels terperanjat, mana taknya, sudah lah di depannya jasad Hitler tidak bernyawa dan Izzul Afiq pula ghaib entak ke mana.
Seperti yang tercatit dalam sejarah, Adolf Hitler mati kerana membunuh diri akibat kekalahan Jerman dalam perang dunia ke-2.
Hakikatnya, kematian Adolf Hitler berpunca dari tangan seorang anak tempatan kelahiran Chemor, Perak. Tangan Izzul afiq yang menampar dan menarik misai Hitler.
Hitler, mati di tampar anak tempatan Chemor.