Tuesday, October 5, 2010

Sekolah Rendah Kebangsaan Olak Lempit



Cahaya matahari sudah cecah tahap klimaks, apa punya bala lah Malaysia ni sampai panas macam ni.Adakah kerana dosa Anwar menipu cakap nak jadi PM ? atau kerana dosa wang judi di berikan kepada warga emas Penang?, oh tapi dah pulang balikkan?

Sambil parking motor di tepi padang SK Olak Lempit, mata aku meliar-liar ke arah bangunan sekolah, kalau-kalau ternampak cikgu perempuan yang cun, dapat add Pesbuk jadi lah ye dak?

Ok, dah pukul 12.45 tengah hari, budak-budak sekolah sudah mula keluar dari kelas, standard budak-budak lah, ada yang berlari-lari keluar, ada yang muka blur, ada pulak budak laki yang gatal ngurat budak perempuan, cehh! belum mimpi lagi, sudah macam-macam.Senang cerita, perkarangan sekolah bunyi nye cukup meriah, dah macam Ekspo Muktamar PAS.

Ini membuat kan aku kembali teringat saat bersekolah rendah dulu, bagi aku, alam kanak-kanak adalah alam yang penuh dengan kejujuran.Yelah, ini alam kejujuran yang cukup comot, kau tak perlu bergaya pergi ke sekolah, memakai beg sekolah Power Rangers, Ultraman dan Doraemon adalah cool pada waktu itu, kau tak perlu pakai tudung yuna, cukup memakai tudung yang serupa tudung saji. Tak perlu mengenakan baju ala-ala Top man, baju sekolah putih yang di comoti sambal nasi lemak adalah kebiasaan.Kasut? setakat kasut yang di salut dengan kapur putih sudah memadai.Ini adalah alam Kanak-kanak yang anti-fesyen,anti-kepoyoan dan tidak tahu menahu langsung siapa itu Ibrahim ali.

Lima belas minit sudah berlalu, tapi adik perempuan aku masih belum muncul lagi, perkarangan sekolah sudah mula lengang.Aku dah cuak dah, takkan ini kerana dosa aku mengUsha cikgu-cikgu cun tadi, fikiran aku dah pikir macam-macam dah.Kisah adik Sharlinie menggangu emosi aku, tapi aku buat-buat rilek je, ini Banting bai! tiba-tiba aku teringat tragedi bakar dan buang abu ke sungai, hempedu aku terasa pedih kerana tindak balas rasa cemas.Aku berjalan ke tepi padang, mana taw nampak adik aku tengah dating ke main gimnastik ke.Tapi tak da pulak.

Aku nampak dua orang budak laki-laki sedang duduk di tepi padang, aku menghampiri kedua-dua budak pra Baligh itu, "Dik..." belum sempat aku cerita apa yang patut, budak itu menghulur salam,"Selamat hari raya bang" , aku membalas salamnya dengan gaya abang-abang.Ucapan raya nya aku tak jawab, orang tengah cuak pasal adik hilang ni, kau sibuk nak bukak Open House tepi padang Pulak!

"adik kenal Ashikin tak? Ashikin Munshi? dia darjah tiga " aku bertanya budak tu dengan gaya
abang-abang."Oh, Ashikin yang kecik ketot tu ke? cuba abang tengok dekat kelas 3 usaha, dia dekat sana kot", jawab budak laki tu dengan penuh kejujuran dan ala-ala Azwan Ali.

Fak!

Ulang balik yang mula-mula tadi, " Oh, Ashikin yang kecik ketot tu ke?"

Fak!

Budak laki tu tingginya lebih kurang tahap pusat aku je.Iaitu paras antara usus kecil dan buah pinggang aku.Beza aku sama dia umpama Malik Nor dengan budak-budak Taska ABIM atau umpama Peter Crouch dengan Zaquan Adha. Kaki aku pun tiba-tiba terasa ringan kalau di hayun ke arah budak tu, tapi memandangkan sejak dulu lagi aku telah di Tarbiyyah dengan silibus Tabligh, lagu Bila Tuhan Tak di Takuti, Kumpulan Mawaddah tiba-tiba menyelusup ke telinga aku.Selain memikirkan balasan tak dapat solat zohor pakai kaki, aku segera mensucikan hati.

"Terima kasih ye dik" jawab aku dengan suara serak basah ala-ala vokalis kumpulan Mawaddah.





Labih kurang macam ni lah beza aku sama budak tu, Pejam mata je kalau setakat nak hayun kaki.



"Budak-Budak memang jujur, Tapi kalau jujur sangat pun, macam gampang Jugak bai.








Terima Kasih kumpulan Mawaddah!



10 comments:

makhfudh burhanudin said...

erm..sume dh gempak dh..satu je aku musykil..
ko kenal ke x zaquan adha..malik noor..peter crouch..ngn budak2 taska abim tuh..aku tgk kat gmbr x de satu pon yg same..

Achilles said...

Kah kah! kalau kau ada gamba malik nor bergambar dgn budak taska abim atau zaquan sama peter crouch atas padang, boleh la kasi aku..mana nak cari bai?

Kuman Chaos said...

haha gila honest bebudak tu ehehe
itu la bebudak
kuman "Pandai..." Entry

Achilles said...

hahaa,,betol tu kuman..ooo nice blogz! =)

Anonymous said...

cheh smbung laaa cte.jmpe adek x?
or kena culik?haha

Achilles said...

Jumpa...dalam kelas..main masak2 sama kawan dia..

kyle said...

hhaha, naseb baek x TERnayun kaki bai :)

Achilles said...

Taw tak pe bai =)

Lovely Bella said...

aku rase ayat ketot yg nak dismpaikan oleh budak tuh adalah comel.. hahahah sekian terima kasih... :)

Achilles said...

haha, sebenanye adik aku mengadu dorang panggil adik aku, chicken little, pasal nama dia shikin dan dia kecik...hahaha..