Sunday, October 31, 2010

Punca kekalahan Negri Sembilan






"Yangggg, abang Lenguhhh......................."=(




"HikHikHik...HikHikHik"=)




"Yang, tolonggggggggggg!! Nak urut........" =(




"HikHikHik, Uols jangan lebih-lebih ea, kang hubby i tendang Uols macam tendang bola kang, HikHikHik"









Saturday, October 30, 2010

Ulasan Bukan edisi Astro Arena - Kelantan Vs Negri sembilan


Kelantan berjaya mencipta sejarah, untuk pertama kalinya kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepaknya.Julangan yang cukup-cukup tinggi setinggi terbangan Wau di awangan untuk seluruh abe-abe dan mek-mek kelate.

Stadium Bukit Jalil di hurungi jersi merah Pahlawan merah, seolah-olah peta negeri kelantan sudah bertukar ke kawasan lembah kelang.Menjadikan ianya malam minggu yang menyoronokkan.Galas, di lupakan seketika.

Perlawanan yang memang standard bola sepak Malaysia, seperti tidak biasa, kedua-kedua pasukan bermain seperti mana pasukan dari malaysia sepatutnya bermain.

Senyuman harus di berikan kepada pasukan Negri sembilan kerana menunjukkan permainan hensem sehensem muka player mereka, gerakkan satu-dua yang di tunjukkan player negeri sembilan membuatkan 1Malaysia tergamam.

Negeri sembilan terpaksa bermain cantik, ini memandangkan rata-rata pemain mereka berwajah kacak dan jambu, malu lah kalau muka hensem tapi main macam celake, hanya dua tiga orang yang bermuka pailang, seperti Shukor Adan.Aidil Zafuan memimpin rakan-rakannya untuk terus bermain hensem pada separuh masa pertama perlawanan.

Kelantan turun dengan garang dan berwajah tegas seperti mana tegasnya rakyat kelantan menuntut royalti minyak mereka.Sungguhpun, ketinggalan pada seketika waktu, Apapun, Kelantan berjaya buktikan, walaupun player mereka tak sekacak player negeri sembilan dan tak berjaya mengurat mana-mana artis, mereka mampu menang.Mereka tak perlukan rita rudaini.

Keluarnya Aidil zafuan yang hensem pada babak kedua perlawanan bermakna terhentinya delegasi permainan hensem Negri Sembilan.Walaubagaimanapun, Aidil patut berasa gembira, kecederaan kakinya boleh di jadikan alasan untuk Rita rudaini mengurutnya sepanjang minggu.Enjoy your urut brader !

Aku lebih memberi tumpuan pada ulasan komenteter perlawanan di astro arena, tah hape hape punya mutu ulasan, macam borak dengan awek dalam henset, ade ke borak-borak pasal rambut player, pergi lahh mampus dia nak rambut macam mana.Astro punya piring kalau besar macam kuali kenduri pun tak guna, hujan tak, tiba-tiba tersekat-sekat, apa punya gampang laa.Pada aku, Astro arena umpama RTM kedua.

Alhamdulillah, stadium tak terbakar, tiada kematian, batu bata pun takda orang baling.Cuma yang paling dramatiknya apabila botol-botol menghiasi balapan, apa la dorang ni, pergi baling botol dekat balapan apa barang ? Baling lah dekat Pegawai-pegawai FAM tu, bila lagi nak lepas geram ?

Tahniah Kelantan Dan Negri Sembilan =)

Pengadil Macam ni lah yang kita Mahu !





Kalau pengadil bolasepak seperti ini wujud di liga Malaysia.

Ini satu rahmat.

Gerenti stadium akan penuh.

Penyokong nak gaduh pun tak jadi gaduh.

Stadium pun takkan terbakar.

=)

Friday, October 29, 2010

Rakyat Malaysia bukan bangsa Malas Membaca ok ? respek sikit la....


Angka-angka di atas sudah cukup untuk menggambarkan bahawa perkembangan jalur lebar antara sesawang di 1Malaysia sedang pesat dan klimaks.

16,902,600 pengguna dan penyembah jalur sesawang di 1Malaysia,bermakna lebih dari separuh populasi bangsa Malaysia mengabdikan diri di hadapan skrin komputer.

Aku berani katakan ,sesungguhnya rakyat 1Malaysia gemar membaca.Walaupun capaian jalur lebar di sini seperti berukbeng celkom macam pundek lembab dan streamik TM kadang-kadang panjut laju, kadang-kadang tak terpanjut, tapi keghairahan pada internet tetap kukuh dan mampan.

Kenyataan bahawa kaum bumiputra atau kaum lain di negara ini malas membaca adalah kenyataan yang konvensional dan tradisional,kenyataan ini sesuai di ucapkan ketika maher zen belum di kenali lagi.

Kita tinggalkan dan tolak tepi dahulu kepada mereka yang mengakses internet dengan nawaitu menziarahi laman porno dan melihat miyabi berhenjut. Mereka yang gemar berjihad dalam alam DOTA pun kita tolak belakang dahulu.

Yelah, takkanlah kesemua jumlah 16,902,600 pengguna internet ini semuanya stim menziarahi laman porno, ini mustahi, dan takkan lah jumlah 16,902,600 ini kesemuanya bertahajud untuk berDOTA, ini juga mustahil.

sebenarnya, menziarahi laman porno dan berDOTA adalah aktiviti yang sementara, Mereka yang menziarahi laman porno kebiasaannya akan bosan dan berhenti berziarah sebaik sahaja letih bersenam.Dan mereka yang bermujahidin berDota juga akan berhenti sebaik sahaja di maki oleh emak ayah dan mendapat mesej mintak clash dari awek mereka.

Kajian lain dari Universiti Malaya melaporkan bahwa lebih kurang 500,000 blog aktif di 1Malaysia.Malah, jumlah blog di 1malaysia merupakan antara yang tertinggi di serata dunia. Selepas BN di tampar oleh PR pada pilihanraya yang lalu, kenaikkan blog yang berorentasi politik meningkat mendadak dan meninggalkan blog awek-awek.

Pasti dan pasti, blog atau topik tumpuan di internet adalah berkisar tentang, Freemason dan Illuminati.Tak payah sembang banyak-banyak laa, semua orang dah tahu.

Pengguna laman sembang wajib pesbuk mencatatkan sebanyak 8,163,300 pengguna di 1Malaysia, 31.2% populasi 1 malaysia membuka akun pesbuk, baki lagi 69 %, mungkin separuhnya belum kenal internet atau anggap internet ni freemason, manakala separuh lagi masih setia bersama Myspace, friendster dan Tagged.

Aktiviti berpesbuk juga adalah aktiviti membaca dan menulis, walaupun mungkin ada di antara rakan pesbuk kita yang gemar menulis status putus cinta,mengarut dan syok sendiri, tapi ada juga rakan-rakan pesbuk kita yang gemar menulis status islami ala-ala ILuvIslam dan intelektual.

Aku fikir, aktiviti membaca status pesbuk dan karangan yang di Tag serta membaca blog adalah lebih mulia dari membaca surat khabar mengarut, tabloid mastika dan Majalah ala-playboy mangga.Kita lihat, ilmu pengatahuan manusia telah berimigrasi dari buku ke alam sesawang.

Kita selalu menegur kalau seseorang itu meletakkan buku di bawah atau melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap buku itu ,seperti mencampak buku misalnya.Kita akan segera menegur kerana bagi kita buku itu berisi ilmu.Ilmu patut di hormati.

Nah, begitu juga pada internet, jangan lekas maki hamun atau hentak-hentak lap top sekiranya capaian internet kita sangat lembab dan siput, bukankah pengisian internet itu terkandung juga ilmu pengatahuan ? (lupakan seketika tentang laman porno dan miyabi )

=)

Thursday, October 28, 2010

Korupsi Dan Teori Konspirasi





Korupsi ialah rasuah, rasuah ialah korupsi. Indeks Persepsi korupsi(IPK) atau dalam lughah PPSMI nya Corruption Perception Index (CPI ) merupakan bancian atau penilaian yang di terbitkan oleh Transparency international bagi mengukur tahap korupsi bagi negara-negara serata dunia.

Ia akan menilai sama ada tahap rasuah negara anda di tahap OK,biasa-biasa je, boleh laaaaa, jahanam atau celaka.

IPK ini di laksanakan berdasarkan persepsi (baca : anggapan ) publik terhadap korupsi di jabatan publik dan politikus.

Dan berdasarkan apa yang anda lihat pada paparan di atas, 1Malaysia kita berada di tangga ke - 56 dari senarai ranking negara- negara yang telah di IPK-kan bagi sesi 2010.

sebenarnya ini bukanlah satu keputusan yang boleh di senyumkan atau di buat kenduri kesyukuran.Ini kerana, tiada peningkatan yang di tunjukkan 1malaysia, tahun lalu iaitu tahun 2009, ranking 1Malaysia berada di tangga ke-56 juga.Mungkin anda boleh kata ini konsisten dan istiqamah dalam berkorupsi. Hakikatnya, ini lebih buruk jika di bandingkan dengan pencapaian tahun lalu, tahun lalu skor 1 malaysia adalah sebanyak 4.5, manakala tahun ini turun 0.1 iaitu 4.4 . Walaupun kita di Malaysia ada MLM skor A, tapi belum tentu kita mampu skor A dalam IPK ini.

Kita mampu menarik nafas lega kerana sekurang-kurang nya kedudukan ranking kita berkorupsi berada di tangga yang lebih baik berbanding ranking bolasepak skuad negara.




Baiklah, selain di susun dalam bentuk kedudukan ranking, IPK juga tidak lupa melakarkannya dalam bentuk berwarna dan Yah! sangat menarik. Gambaran dalam bentuk berwarna ini bertujuan agar dapat menarik minat pelajar-pelajar tadika Kemas dan Taska ABIM.Selain dapat membendung kanak-kanak ini daripada di rasuah semenjak di bangku sekolah lagi.

Berdasarkan susun warna di atas, warna hijau menunjukkan skor negara-negara yang paling terendah jenayah korupsinya.Jiran kita, negara Lee Kuan Yew, singapura berada dalam kelompok zon hijau.Bahkan di kedudukan ranking, singapura berada di tangga ke -3 liga.Itupun sebab mengikut abjad awal nama negaranya.

Amat memeranjatkan juga, negara-negara kuffar sebenarnya berada di zon teratas berbanding negara Muslimin.

Negara-negar kafir Freemason, Illuminati,knight templer ,zaman batu, tentera dajjal, The Arrival dan makan pork mengatasi negara-negara Islam kita.

Apa semua ini ? konspirasi lagi kah ?

Emeriyyah Arab bersatu berada sekelompok dangan Israel dajjal, amenda semua ini ?

Negara-negara islam lain yang berada di atas Malaysia dan berada sekelompok dengan negara Freemason termasuklah Qatar, Oman dan Brunei, Brunei ?

Sementara Malaysia bertuah kerana berada dalam kelompok saudara Se islam nya seperti Arab Saudi, jordan , Bahrain, Kuwait dan Turki.

Kenapakah negara-negara Freemason kurang melakukan korupsi ? atau ia nya adalah ajaran yang di temukan oleh Knight Templer di palestina agar jangan berbuat rasuah ?

Tak payah pening-pening kepala laaah. Dah tentu orang-orang dalam IPK ini adalah ejen freemason dan Illuminati, dah tentu lah mereka mahu sabotaj negara-negara islam, negara islam yang kamceng sama mereka je yang tak kena sabotaj.

Jadi, Malaysia terselamat kerana berada di kedudukan 'kena sabotaj' bersama-sama negara saudara se islam yang lain.Kita terselamat dari agenda tipu daya freemason dan new world order.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada pengkaji-pengkaji tegar kita yang berkerja keras dan sedaya upaya menyelamatkan kita dari kecelakaan semua ini.

Celakalah Freemason !

=)

Wednesday, October 27, 2010

DDR feat Maher zen







Untuk pertamanya, kepada penyokong Penyanyi islami Meher zen jangan lekas marah dan melatah, jangan lekas emo dan menyirap. Begitu juga sama penyokong JM5 dan Ddr. Pikirkan saja gambar di atas ini hanya jenaka dan komedi.Bukan menganjing, tapi mengKAHKAH.

Mari kita lihat apa persamaan dua susuk di atas ini.

Kedua-duanya merupakan Usahawan, yang belah kiri usahawan dalam bidang Musik.Tiketnya laris terjual habis ketika mini konser nya beberapa minggu yang lalu.Yang belah kanan pulak usahawan dalam bidang mengkuruskan orang, merubah gemuk menjadi lansing.Targetnya 40 juta ringgit untuk filem sulungnya.

Lihat apa beda kedua mereka. Yang belah kiri gemar mengenakan topi golf sebagai penutup kepala.Mungkin kepalanya tidak punya rerambut, manakala belah kanannya di lihat lebih bergaya, gemar mengenakan sut tuksedo berkilat, kadang kala warnanya janggal dan aneh.Dan yang paling penting tidak memakai penutup kepala, hanya memperagakan rerambutnya yang pelik dan ala-ala rocker gitu, tapi kalau rerambutnya di salon kan dan di rebondingkan pasti akan kelihatan ala-ala The Beatles dan tidak menyakitkan apabila melihatnya.

Kedua-duanya selebriti. Yang belah kiri terkenal kerana nyanyian nya yang bergenre islami, ramai yang kata musiknya layan dan menginsafkan, UNIC, IN-team, rabbani, hijaz dan raihan tenggelam gara-gara kemunculan mamat bertopi golf ini. Ah ! pasti kumpulan nasyid lokal tanah air harus berkepala botak dan mengenakan topi golf jika mahu naik semula. Kopiah raihan sudah tidak di minati lagi.

Yang belah kanan ? ada yang kagum, ada yang membencinya.Mereka yang setia melanggan akhbar kosmo pasti akan terlihat wajahnya, setiap hari, satu helaian penuh akan bercerita tentang dia dan bizz nya, itu belum campur gambar iklan besar beliau lagi.Siapa yang menjadi rakannya dalam pesbuk, jangan lupa baca status nya. Ok ?

Dari seorang Doktur pakar sakit puan akhirnya menjadi usahawan, pengeluar filem dan seterusnya bergelar selebriti, itu lah DDR.Berdasarkan status pesbuk dan laman kosmonya, dia mempunyai cita-cita menggunung mahu menjadi usahawan berjaya dan membantu masyarakat dengannya bizz nya.Ada reaksi positif, ada juga reaksi negatif dari masyarakat.

DDR mungkin tidak pernah menonton rancangan realiti Af , di Af perjalanan dan pencapaian setiap peserta bergantung kepada undian penonton.Kebiasaannya, peserta yang berpewatakkan pasif, menggelabah, pailang dan poyo tidak akan menjadi tarikan pengundi untuk mengundi.Sebaliknya peserta yang rilek-rilek je, kacak, cun dan kudus akan menjadi tarikan untuk di undi, seperti anak felda yang berkepala botak persis maher zen.Itu lah realiti Af, apa barang borak pasal Af ? Af tu apa ? DDr sepatutnya memahami budaya masyarakat Malaysia yang terang-terang tidak tertarik dan cepat meluat dengan personaliti yang, yah ! yang seperti tidak menjadi tarikan pengundi dalam Af tu.


Saya fikir kalau Ddr bisa melamar Maher zen berlakon dalam filem 2 alam, pasti sasaran 40 juta itu hanya minimum.Kecik anak punya sasaran.

Saya juga fikir jika Ddr melantik maher zen sebagai duta atau model promosi (bukan Ddr ) JM5 nya , pasti JM5 laris bagai pisang panas, kalau jualan album maher zen sekali pakej dengan JM5 pun orang sanggup beli.Boleh jadi, ini peluang untuk ddr go international.

Kadang-kadang, saya juga fikir, alangkah indahnya jika kita bangun pagi dan membuka helaian kosmo.Sampai ke helaian herba prima, terpampang gambar dua personaliti ini tersenyum memegang JM5, manakala tangan sebelah menunjuk isyarat 'bagus'.

Saya setia menunggu saat itu.





MZ : enta, jangan lupa panggil ana berlakon untuk filem ke-isnani enta yah.
Ddr : MZ, ddr akan terus maju kan bizz untuk rakyat, ddr akan terus cipta fenomena,ini cara ddr, ddr the dragon.



Sunday, October 24, 2010

Mari Membalas




Bulan oktober adalah bulan bahasa kebangsaan, jadi untuk menunjukkan sokongan pada keris Umno dan kerajaan 1 Malaysia, meh kita balas pantun kakak cun ni. Awek cun dah jual pantun, kau gila tak nak beli ?

Balas jangan tak balas !




Ehem, ehem.


BUNGA DI BOTANI SAYU DAN LAYU
AWAN TERBANG CERITA DRAGON BALL
KAKAK TERSENYUM BIKIN SAYA MERAYU
AH SAYANGNYA, KAKAK DAH BERIJAB KABUL





Ahh shit.

Siapa-siapa yang ada member GADIS dan SOLO, mukanya macam nurul Izzah sila kenal kan sama aku.

Ini soal masa depan zuriat ni.

Tolong lah, ok ?

kah kah kah!




Pusat Hiburan Flat



Aku menyewa di sebuah rumah flat kos rendah, sebagai lelaki teruna aku harus duduk di rumah bujang sebagai simbolik yang aku telah melepasi garisan fasa pembalighan.Juga simbolik bahawa aku mampu mandi wajib sendiri tanpa perlu merujuk buku PAFA.

Apa barang duduk sama mak ayah ? sebelum sunat boleh laaa.

Sebagai seorang pelajar, rumah flat memadai bagi aku.Tak perlu untuk sewa rumah di Bukit Tunku atau Bukit antarabangsa.Lagi pun sewa rumah flat murah bai, lebihan dari perbelanjaan itu boleh aku simpan sebagai bekalan masa depan nanti, kang aku dah ada anak boleh hantar dia ke Kumon atau kelas piano.Kalau dapat baby gurl boleh hantar dia masuk kelas gimnastik.Best, memang best.

Dari mula-mula aku menetap di flat ini hinggalah sekarang, aku memang rasa flat ini unik.Setiap hari flat ni memang meriah.setiap hari aku akan dengar suara orang nyanyi, karoeke.Tak payah beli radio.

Setiap malam juga, sebelum aku naik tangga masuk rumah, sekumpulan warga emas akan mengerumungi meja.Aku bajet ini mesti mesyuarat JKK.Tapi yang pelik nya setiap tangan warga emas ini memegang kad.Ah ! celake, main terup rupanya pakcik ni.

Memang best, siang sampai ke petang, karoke.Biasanya mat-mat rempit yang karoeke.Malam pulak, warga tua open table layan daun terup.Peh, kombinasi generasi tua dan muda yang sangat muafakat.

Aku tak marah, dan aku langsung takde niat nak baling tin biskut dari atas kepada budak-budak yang memekak berkaroeke tu.Sumpah.Takde niat langsung pun.Walaupun nyanyi suara serupa gampang, tapi aku cuba memahami.

Cuma, lagu-lagu yang dorang nyanyi tu semua lagu-lagu masa zaman bapak aku ngurat mak aku lah.Lagu search, wings, spring, iklim dan 4u2c.Paling terkini pun wali band.Ape laaahh, cuba la kasi lagu Beatles ke, Muse ke , Nirvana ke, Adam Lambert ke.Kalau dorang nyanyi Maher zen punya lagu, memang aku turun berduet sama dorang.Serius ni bai.

Tapi, kalau tak nyanyi lagu rock meraung tak Mat rempit lah kan.

Yang Pakcik-pakcik main terup tu memang rare, aku bajet dorang ni dah pencen, dan penat layan cucu, sekali-sekala pekena terup, layan jugek bai.Selama ini aku ingat orang-orang tua biasanya akan melepak di masjid dan dengar ceramah.Tapi kehadiran pakcik-pakcik terup ini merubah prespektif aku.Mungkin jemaah Tabligh belum sampai lagi kot kat flat ni.

Kenapa aku cuba memahami ? yelaaah, biasanya mereka yang duduk rumah flat kos rendah ni,, rata-ratanya dari golongan berpendapatan sederhana.Jadi, gaya hidup pun sederhana dan hiburan pun sederhana.Takkan pakcik-pakcik terup ni nak pergi genting layan kasino, mana nak korek tabung ? jadi bermain terup secara jemaah sambil bertaruh seringgit dua, jadi lah.Ye dak?

Mat rempit yang karoeke pulak, takkan dorang nak pergi audition AF dan mentor pulak bai ? memang tak lepas punya.Silap-silap juri Af tu kena hentak dengan helmet.Lagi pun dengan berkaroeke sendiri kan menjimatkan tu.Takkan nak layan RedBox ? karoeke jamban pun satu lagu seringgit.Kan jimat karoeke sendiri, duit lebih tu boleh buat upgrade motor dan payung bohsia.

Tapi, semalam masa aku nak naik tangga, aku nampak dorang tengah gotong-royong bikin table snooker, peh, kreatif betol.Dan tadi pulak aku tengok dorang dah start main snooker, peh, boleh jadi kontrektor dorang ni. Sebenarnya berguna jugek rupanya, belajar subjek Kemahiran Hidup masa sekolah dulu.

Sekarang ni, flat aku dah lengkap sebagai pusat hiburan, Terup ada, Karoeke ada, snooker ada.Apa lagi tak cukup ?

Sekarang ni aku tunggu dorang bukak rumah urut je.

Kalau rumah urut ada, memang aku turun.

Mesti turun !

Kah! kah! kah!

Saturday, October 23, 2010

Malam Yang Sehat

Malam ni memang malam yang sihat untuk saya.

Malam ni saya tak makan nasi.Jadi ini diet yang sehat.

Malam ni saya tak merokok.Jadi ini gaya hidup yang sehat.

Tidur awal, ini pun sehat.

orang bujang kena la tidur awal, nak senaman malam macam mana kalau takde bini ?

Tangan ?

Jangan ! tak sehat tu.

Tak guna! saya masih lagi di hadapan laptop.

Ini sudah tak sehat, laptop ada radiasi.

Celaka betul siapa yang cipta laptop ni.

sebelum organ dalaman saya di celakakan oleh radiasi laptop ni.

Baik saya tidur dulu.

Besok saya akan sarapan telur separuh masak.

sehat.sehat.memang sehat.

sperma saya sihat ,saya pun sehat.

Hai pemerintah


Hai Pemerintah.
Saat kau surahkan belanjawan daulah.
Dengan wajah girang dan riang.
Apa kau tahu ?

Ada Marhein yang sedang murung.
Ntah makan ntah tidak.
Ntah berumah ntah tidak.
Apa kau tahu ?


Hai Pemerintah.
Saat kau surahkan agenda tentang binaan itu.
Satu ratus tingkat megahnya.
Bilion-bilion di balon.
Apa kau tahu ?


Ada marhein yang sedang kacau.
Sempit dan terhimpit.
Rumahnya tidak semegah binaan kau.
Luasnya tidak.
Tingginya tidak.
Selesanya tidak.
Apa kau tahu ?


Ada lagi.
Hai pemerintah.
Anak-anak marhein ini.
Generasi ini.
Turut termanifestasi.
Bergentayangan di jalanan.
Ada semacam zombie.
Semacam tak bernabi.
Ada semacam lahabau.
di cucuk semacam kerbau.
Apa kau tahu ?


Pharaoh membina binaan segi tiga.
Warga Tsamud mengukir gunung ganang.
Warga 'Ad membina Ubar.
Keturunan Ceasar membina Kollisium.
Aztec Maya membina chichen Itza.
Empayar Inka membina Machu Picchu.
Mereka semua telah ghaib.
Yang tinggal hanya binaan ajaib.
Mereka binasa kerana berbuat aib.
Apa kau tahu ?

Hai pemerintah.
Apa kau tahu.
atau ambil tahu.
Mungkin kau hanya pemerintah.
Yang hanya tahu memerintah.


Hakikatnya, aku tidak tahu apa yang kau tahu.



Friday, October 22, 2010

Habis

Masa tengah putus cinta, benda paling best adalah mendengar lagu putus cinta.

Memang pedih tapi apa ada hal ?

Positif la.

Orang kahwen pun bercerai, ini kan pula hubungan yang tak pasti ?

Kamon, kamon, kamon, kamon.

Terima Kasih.

Irsya.



Thursday, October 21, 2010

Sebelum Jumaat

Aku : Takde awek best tak man ?

Aman : Ok lah, suam-suam kuku.( Aman tersenyum gatal )

Aku : Kalau stim macam mane ? (tanya aku sambil berus gigi masih di mulut)

(Aman terkejut.....)

Dan

(Tergelak..........)

Aman : HAHAHA, Bodoh la kau ni, Ade awek ke tak de awek sama je, tetap stim bodoh.HAHA.

Satu isi rumah berKAHKAHKAH.

Pundek! macam mane aku boleh tanya soalan macam tu.

Sial betol la.

PeterPorn



Gambar di atas ialah susuk bernama Nazril Irham ataupun Ariel Peter Pan ataupun sering di sebut-sebut sekarang sebagai Ariel PeterPorn.

Gambar ini mungkin sewaktu ariel masih suci remaja.Sewaktu baru beberapa tahun melepasi tahap wet dream bagi remaja-remaja normal seluruh dunia.

Sewaktu ini juga sudah tentu ariel masih belum mengenali Cut tari dan Luna maya, jauh lagi untuk menyetubuhi mereka.Mungkin pada waktu ini baru belajar masturbasi saja.

Ariel mungkin tidak menyangka bahawa musik telah membawa fenomena pada dirinya.Seluruh Nusantara mengenalinya.Seluruh Nusantara juga mengamati karyanya.Dunia glamer mungkin telah menjadikan ariel seorang yang gemar bersetubuh.Gadis-gadis chick dan hot sentiasa mendampinginya.Meransang ejakulasi nafsu dirinya.

Sekarang ariel mungkin sedang bermain gitar di dalam penjara.Mengisi masa lapang.Nak bersetubuh tak boleh pulak.

Aku adalah peminat ariel, pergi mampus laaaaaaaa dia nak berjimak dengan siapa.

Aku hanya minat karya dia, bukan gaya henjutan dia.

Aku tak minat sama gaya henjutan dia, eleh, macam dia sorang je yang boleh buat.

ariel, semoga lekas keluar dan kembali berkarya.Lain kali jangan bersetubuh sembarangan lagi.Kau kawen je la empat orang bini.Poligami, kalau kau rasa nafsu kau tahap kuda.

jangan nak ngade-ngade rakam-rakam lagi pastu dapat dekat orang lain.Kan dah kena main gitar dalam penjara.

ariel, semoga terus sukses.



Wednesday, October 20, 2010

Berak Sama Rata



Hari ini saya berak sebanyak 2 kali.Ya, 2 kali untuk hari ini.

Sekali di jamban rumah saya.Sekali di Kolej saya.

Saya fikir, ini sangat bagus.

Ini menunjukkan keadilan.

Dan kesaksamaan.

Pembahagian ekuiti yang sama rata.

Pengagihan yang memuaskan.

Serta pelaburan yang menguntungkan.

Saya berjanji, Pada masa hadapan.

Saya mahu jadi lebih adil dan saksama.

Keadilan untuk semua Jamban!

Kedai Bundle Maher Zen





Semalam pergi jalan-jalan ke kedai Bundle.

Saja.

Cari jubah sama serban.

Apa? kau ingat jubah sama serban takde bundle ke?

kau cakap baik-baik sikit ye bai.

Aku pun masuk melangkah ke dalam kedai Bundle tu.

Aku berdiri kaku, macam perbarisan pengakap.

Peh! lagu Maher zen bai.Kedai tu pasang lagu Maher zen bai!

Maher zen.Maher zen.Maher zen.kenal tak?

Tak kenal, pergi tanya sama Anuar zen.

Aku memang betol-betol tertarik sama kedai Bundle tu.

Biasanya, kedai-kadai Bundle yang aku ziarah paling cikai dia punya lagu pun ACDC, Nirvana dan Kumpulan Iklim.Paling cikai pun ada la jugak lagu tomok sama Newboyz.

Ini lagu Maher zen.Barakallah wa insyallah.

sambil selak-selak seluar jeans.Mulut aku turut sama berzikir barakallah wa insyallah.

Alhamdulillah.

Masuk Kedai Bundle pun dapat pahala.

Aku : "Bang, topi Golf Maher zen ada jual tak?"

Brader kedai Bundle :" Maher zen tu, apa?"

Ana layan bundle taw, anta?

Tuesday, October 19, 2010

20.10.47 Untuk Hero-Hero Kita



Ini adalah angka-angka Tarikh bagi perayaan Hero-hero kita.
Hero-Hero ?
Ya, Her0-Hero kita yang berani menjentik telo Inggeris.
Sebuah manifestasi semua kaum di Tanah melayu.
Yang bersepakat dan berpadu menjentik telo Inggeris secara kolektif.

Hartal tu apa?
apa dia?
tak tahu?
Sekolah tak blajar?
cilake.

Mari tengok sini.- Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka



"Penjahat yang menyembunyikan sejarah Umpama lelaki yang memakai sependar besi agar telurnya tidak di jentik."


Monday, October 18, 2010

Makan lambung



Pertama kali aku dengar istilah "makan lambung" ni dari seorang member aku.

Member aku : " hari tu budak-budak ni datang lepak mamak sebelah 7e aku keja, aku pun lepak la sekali dengan dorang , babi betol, dorang makan lambung, tapi aku tak laa makan lambung.Tapi sampai sekarang mamak tu masuk 7e ,tanya aku pasal budak-budak tu, mamak tu suroh dorang bayar."


lahanat, baru aku paham.
Kah! kah!

Rupanya makan lambung ni maksudnya makan tak bayar teros blah la.Ataupun dalam istilah islaminya makan harom.

Tapi,apsal panggil Makan Lambung?

Mungkin kerana makanan itu akan di lambungkan,atau akan melambung.

lambung ke mana?

jangan tanya soalan bodoh boleh tak brader?

Makan lambung akan di lambungkan ke alam barzakh, alam kubur, padang masyar, neraca hisab dan titian sirot, ini penting sebagai penentu bagi lambungan terakhir sama ada akan di lambungkan ke surga atau neraka. Paham?

Ntah.aku rasa la.

kah kah kah!

Tapi dalam bahasa indonesia, lambung ni bermakna perut.

Takkan maksudnya makan perut pulak.

Tak guna, pening gila aku pikir benda ni!

Rilek-rilek, mungkin makan lambung ni akan di tanggung oleh perut kita.

Oleh kerana ia makanan haram tidak di bayar.Maka usus kita tidak mampu memprosesnya menjadi taik.

Tersimpan lah ia di dalam perut.

Semakin kerap kita makan lambung, semakin melambung ke atas lah perut kita.

Paham?

Bukan iphone 4 tapi iporn 4





Celaka betol Iphone 4 ni.
kah kah! kah kah!

Best sial.
Kah kah! kah kah!


Aku akan kasi pecah tabung buluh dan tabung ayam aku.
Aku akan makan sekali sehari mulai esok.
Isnin dan khamis aku puasa sunat.
Top-up sebulan sekali.
Aku nak join MLM, kasi downline ramai, kasi masyukkkkk.
Aku akan try deal sama DR rozmey, mahu jadi pengedar JM5.
Aku juga akan try deal sama makcik, pakcik kat penang yang pulangkan duit judi itu hari, harap dorang setuju kasi duit tu kat aku.

Kena la cari duit lebih bai.

Semata-mata mahu beli iporn 4.


jahanam betol!



Sunday, October 17, 2010

Terima kasih



Terima Kasih kepada Blogger Marhaen Kacak yang memberi menda atas ni.

Terima kasih sudi membaca.


"Tulisan aku umpama kotoran-kotoran yang di humbankan ke dalam Tong Sampah Sejarah, hingga saat itu, aku akan terus menekan papan tulis".

Perang Dunia ke-Tiga



Perang dunia sudah tamat?

Penipu!

Malaysia adalah negara aman dan selamat?

Penipu!

Peeee....niiiiiii....puuuuuu !!!!!


Selepas perang dunia ke-dua, lebuhraya adalah medan perang.
Medan perang dunia ke-Tiga.

Bila kau berada di lebuhraya, secara tidak langsung, kau adalah seorang prajurit.

kalau kau silap mengawal 'jentera besi bergerak' dan 'Kuda berenjin' itu.

Kau akan celaka.

Bukan kau saja.

Mereka yang lain turut celaka.

Jaga-jaga!

Angka-Sawan

Angkasawan ke-2 diteruskan jika cukup peruntukan - Malaysiakini

Pergh!

Best sial jadi angkasawan.

Boleh kawen grand-grand.

Boleh kawen kena taja.

Boleh main gasing atas angkasa.

Boleh makan juadah raya atas angkasa.

Boleh makan kuih kat angkasa.

Boleh makan sate kat angkasa.

Pergh!

Best sial!

Friday, October 15, 2010

Maher zen dan Selangor Fc di botol budu kan



Bangunan ini menjadi saksi.Bangunan ini menjadi naungan kepada susuk lelaki berkepala botak tetapi gemar memakai topi golf.

Malam itu, pokok-pokok di sekeliling bangunan ini tenang dan permai di alun zikir-zikir.

Tasik di tepi bangunan itu juga tenang.Ikan-ikan di dalamnya turut berInshaallah dan baraka allahu lakuma bersama penghuni bangunan ini.

Mat rempit di hadapan dataran juga tidak kelihatan, motor-motor mereka semua pergi ke arah masjid negeri.

Pasangan kapel jugek tidak lagi bercumbu-cumbuan dan berinzal.

Bangunan Umno selangor yang berhampiran dengan bangunan ini turut terkena tempias barokah.I see a light.

Mereka yang keluar dari bangunan ini selepas tamat konserto turut gembira kesyukuran.Mereka sangat bertuah,The Chosen One.

Sementara itu.

Sedang Maher zen berinshallah dan barokallah, Jauh dari Bandaraya Shah Alam, di sebelah pantai timur, Gergasi merah telah di hempuk kepalanya dengan botol budu sebanyak tiga kali hempuk.Kelantan 3-0 mangsa hempukkan botol budu.

For the Rest of My Life, ini adalah persembahan tergampang selangor, menang semua peringkat kumpulan pun tak guna.Kepala botak Hardi jaafar dan Khairul Anuar baharom belum cukup untuk membawa barokah Maher Zen di tengah padang.

Open Your Eyes la player selangor, takkan kau orang tak malu sama Maher zen. Hardi jaafar, kau dah la main tah pape, lepas tu ada hati mahu botak macam Maher zen.Kau tak malu ke?

Tapi, aku tetap optimis, semua ini ada hikmah, kekalahan selangor di ganti dengan kehadiran Maher zen ke negeri selangor.Hotel concorde shah Alam, Masjid negeri selangor dan auditorium MBSA menjadi saksi semua ini.Thank You Allah.

Takkan kau nak Maher zen datang kota baru bai,kau gila?, kesian la dia kena baling mercun nanti.

Insha Allah, brade Maher zen cakap, lain kali dia datang Malaysia lagi.Insha Allah, taun depan Piala Malaysia akan kembali ke selangor Darul Ehsan.

Baraka Allahu Lakuma Selangor!


Kalau match dengan kelantan tak bertembung sama konsert
Maher zen, aku mesti main baik punye!




mashallah! kaifa, selanjur boleh kalah, baghal!


Thursday, October 14, 2010

Daud Anak Anta




Masa sekolah rendah dahulu, aku ada seorang kawan.Nama dia Daud Anak Anta.
Daud merupakan orang asal ( orang asli).Tinggal di kampung orang asal.Hidup cara orang asal.Dan tak suka cari pasal.

Masa tu aku baru darjah dua, sekelas dengan Daud, hari pertama aku mengenalinya, "Nama kau apa ?" aku menyapa Daud dengan gaya kanak-kanak peramah.

"Daud Anak Anta", jawab Daud selamber.Kah! kah! kah!, aku terbarai gelak, kah! kah! kah!, aku gelak lagi.Daud hanya tunduk malu."Itu nama ke amende?, kah! kah! kah!" aku menganjing Daud dengan nyalakkan yang celaka.Daud hanya diam dan redha.

"Nama aku Amer bin Munshi, aku anak bapak aku, bukan anak anta, ana atau nahnu, kah! kah!", sekali lagi aku menganjing Daud.Kali ni muka Daud macam nak nanges.

"Nama kau takde bin ke ?, nama budak-budak lain semua ada bin", aku bertanya pada Daud, kali ini dengan soalan berilmiah, bukan menganjing.

" Tak, bapak aku cakap, bin untuk orang islam, aku bukan islam, aku kristien," jawab Daud.Pergh, mati-mati aku ingat si Daud ni islam, nama dia macam nama nabi, bapak dia pulak nama kategori domer arab, anta bermaksud awak.

"oo yeke,Ustazah aku cakap orang bukan islam makan babi, kau makan tak?", soal aku dengan gaya ala-ala Pegawai Jais."Makan", jawab Daud.

"Apa rasa babi tu", rasa ingin tahu aku semakin membara. "Macam rasa ayam", beritahu Daud.

"Kau tahu tak babi tu haram?, lepas ni jangan makan lagi ok?", ucap aku.Daud hanya terpinga-pinga tak paham.

Lantas dari itu, aku teringat pelajaran aku di kelas KAFA, ustazah aku memberitahu, orang islam tak boleh makan babi, babi haram.Sentuh babi pun tak boleh.Hanya orang bukan islam yang makan babi.

Tambah ustazah lagi, setiap benda haram yang masuk ke dalam tubuh badan kita , ia akan bersatu dengan darah daging kita.

Minda kanak-kanak aku segera mengeluarkan fatwa, kiranya, si Daud ni pun Haram lah!
Tak guna.

Semenjak dari peristiwa itu, aku tetap berkawan dengan Daud, tetapi dalam masa yang sama aku berusaha dan seboleh-boleh mengelak dari bersentuhan dengan Daud.

Kerana bagi aku, Daud dah makan babi, babi haram, Daud pun sama haram.Haram jadah sungguh aku masa tu.

Masa pendidikan Jasmani di padang sekolah, aku akan menjauhkan diri dari Daud, kerana Daud akan berpeluh semasa bersenam, jadi ,peluh pun haram.

Lagi pun aku tak reti nak samak.Mana aku reti nak samak pakai tanah apa masa tu.Main pasir kat pantai reti lah bai.

Kadang-kadang Daud seperti kecik hati dengan aku.Tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku.

Daud, maafkan aku, masa tu aku hanya muslim yang jahil.Masa tu aku baru mengaji Iqra' level 3, muqaddam pun tak masuk lagi.Aku harap tuhan maafkan aku, sebab masa tu aku belum baligh lagi.

Daud, maafkan aku, masa tu aku tak dengar lagi lagu Maher zen dan sami yusof.

Daud, maafkan aku, masa tu aku tak layan intenet lagi, masa tu laman web dr maza pun belum wujud.Iluvislam lagi la takde.

Maafkan aku Daud, kalau lepas ni kita bertemu lagi, aku akan berjabat tangan dan peluk kau.

Daud, kau jangan lupa.

Kau kata dulu nak ajar aku main sumpit, mana?



Wednesday, October 13, 2010

Agnes Monica si Penjual Top up





Makan sudah, bayar pun sudah, merokok sudah, mengutuk pun sudah.Tiba masa untuk blah, lupa pulak henset ni lama tak top up, maklum lah semenjak mendalami ilmu sufi wal makrifat ni, hal dunia-dunia ni aku tak amek pot sangat.Ada aku kesah angkasawan malaysia kawen?

Oleh kerana memikirkan sumbangan top up aku akan memastikan celcom terus survive dan menjadi antara syarikat Bumiputra yang cemerlang, walaupun berukben dia lembab macam cibai, jadi aku mesti top up.Mesti.

Sebelah warung makan itu terselit sebuah kedai mini talipon, sudah tentu ada dagangan top up, aku meluru ke arah kedai tersebut.

Langkah aku semakin perlahan tiba-tiba, mata aku hanya fokus pada objek di hadapan aku, seluruh proses penyahtinjaan aku berhenti, makanan di dalam perut aku juga berhenti menghadam.

Sial, cun giler amoi ini, amoi kedai top up itu sedang setia menanti aku di kedainya.Wajahnya persis awek cun indon Agnes Monica.Aku melangkah penuh berprinsip ala-ala lelaki maskulin.

Agnes monica tersenyum sambil memandang aku,video klip lagu Matahari sudah terbayang di mata aku.

"emm, kasi top up celcom 5 ringgit", tutur aku dengan gaya ala-ala lelaki ego dan tak bernafsu."Tulis nombor dekat sini ye", Agnes membalas sambil memberikan aku sebuah buku lejar untuk menulis nombor yang perlu di top up kelak.Sambil menghulurkan sebatang pen, agnes sekali lagi senyum ke arah aku.Ceh, nak goda aku la tu!

Aku memandang Agnes yang hanya memakai t-shirt kecik montok dan berseluar jeans pendek.sambil membaca surah An-nisa' dalam hati, aku menyambut pemberian pen dari Agnes.

Bangsat, masa ni laa pulak aku menggeletar nak tulis nombor.Malu.Macam aku ni tak pernah belajar menulis pun ada.Selesai menulis nombor dengan tulisan macam gampang.Agnes menarik buku lejar itu supaya hampir dengannya.Aku hanya memandang dengan pandangan nakal.

"..Kosong, satu, tiga, dua, lapan...", Agnes menyebut angka talipun aku dengan sebutan yang lancar dan tartil.Aku hanya fokus pada bibirnya yang merah-merah strawberi.Selesai sebutan nombor."Betul tak?", agnes menyapa aku, "ye, betol", aku menjawab sambil buat-buat tak pandang agnes.

Not RM lima ringgit aku hulur dengan ikhlas, agnes menyambut dengan penuh kasih sayang."Terima kasih", ucap agnes, "Sama-sama kasih", ucap aku dengan nada romantis.

Untuk kali ke-tiga agnes senyum ke arah aku, aku beredar, senyumannya yang terakhir itu seolah-olah merupakan senyuman perpisahan seorang suami dan isteri, seolah-olah seperti senyuman seorang makwe kepada pakwenya yang akan pergi menjalankan misinya sebagai seorang askar.

Aku melangkah pergi sambil tidak langsung menoleh ke belakang.

Kah! kah! kah!

Nota cinta :

1) Lepas ni, aku akan top up tiga kali sehari dekat kedai agnes monica, Pagi sekali, tengah hari sekali dan Malam sekali.

2) Minggu depan aku akan start kelas belajar bahasa kantonis.

3) dato Lee chong wei pon dah setuju nak main badminton petang-petang dengan aku.

4) aku tengah pikir, nak daftar masuk parti MCA ke DAP ?


Tuesday, October 12, 2010

Yakjuj Makjuj Di Stadium Shah Alam



Suku akhir pertama Piala Malaysia : Selangor LWN kelantan.Di Stadium Shah Alam.

Perlawanan malam tadi bukan seperti perlawanan bola sepak.Tapi lebih menyerupai pesta keluarnya Yakjuj Makjuj dari tembok zulkarnain.

Seperti yang di jangka, perlawanan kedua-dua pasukan merah ini memang cukup meriah, jalan-jalan di Shah Alam yang menuju ke stadium penuh sesak dan padat.Ini jarang berlaku untuk sebuah liga bolasepak yang mengantuk.Bulatan kayangan sesak seperti bandar Hanoi vietnam.Ini seolah-olah memberi gambaran bahwa perlawanan nanti pasti meriah dan mengghairahkan.

"Dalam bola sepak, apa-apa saja boleh berlaku", itu adalah kata-kata yang acapkali di ungkapkan oleh pengulas sukan bola sepak di Malaysia.Ya, sebenarnya lebih tepat kalau di ungkapkan : dalam bola sepak Malaysia, apa-apa saja boleh berlaku.Dalam bola sepak Malaysia, bakar stadium boleh berlaku, dalam bola sepak Malaysia baling kerusi stadium boleh berlaku, dalam bola sepak Malaysia baling botol memang sentiasa berlaku,dalam bola sepak malaysia pasukan yang di selamatkan dari turun liga pun boleh berlaku, dalam bola sepak malaysia player kawen dekat siam dengan Rita rudaini pun telah berlaku.

Ini hebat.apa-apa saja boleh berlaku.


Pertembungan antara Pasukan Kelantan dan Selangor memang di tunggu-tunggu untuk di ejakulasikan.Kedua-dua pasukan adalah the red , sorang Red Giants dan sorang lagi The Reds Worrior, kedua-dua coach pasukan juga berbangsa india, macha devan dan macha sathia, kedua-dua negeri ini di perintah oleh pakatan rakyat, sorang di perintah oleh PKR yang suka lompat-lompat nak jadi bebas, dan sorang di perintah oleh PAS yang sebuk mahu padu-padu.Yang sorang rasa diri dia gergasi merah sebab banyak menang kejuaraan di Malaysia tapi kena titik dekat piala AFC, yang sorang baru belajar silat nak jadi Pahlawan merah tapi dah berani bakar-bakar stadium.


Sebagai pasukan yang baru hendak melakar sejarah, penyokong kelantan pastinya sangat ghairah bila mana pasukan mereka bertemu sama pasukan yang sejarahnya boleh di buat buku teks.Penyokong selangor pastinya angkuh bak gergasi sombong dengan pencapaian hegemoni Red Giants, lagi-lagi perlawanan ini di langsungkan di kandang gergasi merah.Setakat telan budu di kandang sendiri, apa lah sangat.

Aku duduk di sebelah hujung, bertentangan dengan gawang goal, juga berhampiran dengan abe-abe kelate, antara tempat duduk penyokong gergasi dan penyokong abe, ada gap yang di buat bagi mengelakkan sesuatu yang celaka akan berlaku, tapi sebentar lagi sesuatu yang celaka itu tetap akan berlaku.

Perlawanan biasa-biasa saje, banyak peluang yang di sampahkan, safee sali bebal macam dimitar berbatov, lain-lain player tahan bola tak kena tu memang seni, dua-dua pasukan suka sangat main belah tepi, lepas tu out, baling bola, main belah tepi lagi, lepas tu out,Cibai.Dua-dua main ganas, abe pijak kaki gergasi, gergasi sekeh kepala abe.Gergasi merajuk bila ref layang kad, abe tarik muka bila ref layang kad jugak.

Sedang perlawanan rancak berlangsung, tiba-tiba botol dan kerusi stadium terbang melayang di udara.Kedua-dua penyokong abe dan gergasi saling berbalas-balas balingan antara satu sama lain.Ada penyokong yang cuba memasuki kawasan gap untuk berkelahi, tetapi segera di halang oleh brader RELA. KEPPOMMMM!! bunyi mercun di sana sini.Menunjukkan mood hari raya masih ada.

KEBABOMM! bunga api di lancarkan ke arah pasukan medik di tepi padang, brader-brader medik mencicit berlari.Apa punya bebal lah baling-baling mercun ni, kang brader medik tu mati sape nak rawat player? takkan nak panggil bomoh pulak!

Bahaya.suasana antara penyokong abe dan gergasi masih tegang.Bunyi mercun makin memekak, hujan botol dan kerusi stadium semakin lebat.Kalau ada pasangan kapel datang stadium nak romen-romen, memang tak sesuai, memang tak sempat stim.Abe ajak gergasi masuk bergaduh kat tempat abe, gergasi ajak abe masuk bergaduh kat tempat gergasi.Gergasi provok abe, abe provok gergasi.Dua-dua sama bodoh macam botol budu.

Brader FRU masuk, tapi macam nak tak nak je kawal keadaan, kalau suruh bantai orang masa demonstrasi boleh pulak, ini setakat berdiri tunjuk perisai saje.Sehinggalah masuk waktu rehat perlawanan, abe dan gergasi masih kecoh-kecoh lagi, tak penat ke?, kan bagus kalau aksi-aksi ganas ni di terjemahkan di hadapan bangunan Fam tu, baru kecut kote orang dalam Fam tu. Patutnya masa rehat perlawanan ni buat la nyanyi-nyanyi bagi orang rileks ke,kan bagus panggil brade Maher zen kasi kena satu dua lagu, baru semua menangis keinsafan.

Dah masuk separuh masa kedua, baru abe dan gergasi senyap, dah penat la tu agaknya.Perlawanan semakin masuk ke fasa mengantuk.Habis perlawanan.Gergasi kosong, abe kosong.Gergasi tak boleh telan botol budu, abe tak boleh sumbatkan gergasi dalam botol budu.seri.

Di luar stadium, keadaan tegang semula, bunyi mercun di alunkan.Ini lagi satu bebal, masa ramai-ramai nak keluar dari pagar stadium, punya sesak dan sempit, sebab ada kereta dan motor parking depan pagar itu.Orang ramai semua salahkan kenapa parking depan pagar,ada otai yang pergi jatuhkan motor dan pijak bumbung kereta sampai kemek, celaka betol, owner kereta tu mengamuk.Tolak menolak berlaku.Pengurusan stadium pun satu, pagar punya la banyak, tapi yang bukak satu pagar je.Aku rasa owner kereta tu pun tak taw yang pagar depan tempat dia parking tu akan jadi tempat laluan keluar,pasal sebelah tu ada banyak lagi pagar, tapi semua kunci.Kalau tak nak kasi orang parking depan pagar, kan boleh letak kon kasi tanda jangan parking.Itu pun nak kena ajar ke? FUCK YOU! pengurusan stadium.


Mereka memilih menjadi Yakjuj Makjuj hanya kerena berbeza jersey.


Dengar cerita, ada penyokong Kelantan yang meninggal dunia.Al- fatihah....


Menculik Miyabi yang menghampakan


Mengecewakan.
Tidak seperti yang aku harapkan.
Tidak seperti yang aku bayangkan.
Tidak seperti yang aku terujakan.
Tiada klimaks.
Tiada ejakulasi.
Penipu!



Hampa.



Monday, October 11, 2010

Pendidikan Pakaian Dari Kolej Islami

sorry la bro,aku tak kutuk kau,aku cari kat google, jumpa gamba ni,jangan mara bro.




Beberapa minggu yang lepas, yakni, ketika mulut masih lagi berbau lemang dan kuih raya masih ada dua tiga balang lagi, tiba-tiba sepucuk surat bertenggek ke dalam peti surat rumah aku.

Surat itu datangnya dari kolej tempat aku belajar,kolej aku adalah sebuah kolej islami yang mahukan matlamat islami nombor 1, tetapi pengurusan takde nombor!

Oh, isi surat itu seperti yang aku jangka, memberi amaran tentang tunggakan yuran aku yang belum di jelaskan, apa la punya gampang, yuran aku di taja oleh Mara, Mara akan bayar pada pihak kolej sekali setaun sekaligus bagi dua sem, kalau dah tahu buat apa mahu hantar surat? tak kesian ke kat posmen?, sebab itu aku kata pengurusan takde nombor.

Rupanya ada surat sisipan di sebalik surat pasal yuran tadi, surat sisipan ini memang membuat aku terpegun dan tersenyum.

Sinopsis surat sisipan ini memberitahu tentang penguatkuasaan pakaian bagi pelajar mengikut etika peraturan pakaian kolej, siap bergambar lagi bai! kah! kah! kah!, Mungkin kolej aku ni sangka bahawa semester-semester yang lepas aku berbogel pergi ke kelas.Sebab itu kolej hantar surat ajar cara berpakaian pakej dengan gambar sekali. Ada gambar baru cepat belajar ye dak?

Tapi aku bersangka baik, mungkin kolej aku ni berhasrat mahu mempersediakan kami ke alam koprat, macam cerita melayu pasal syarikat juta-juta dekat tv3 tu.Berkemeja, bertali leher,berkasut kulit dan berseluar licin baru ada cara bai ! baru imej eksekutif.

Rambut? rambut kena pendek la bai, kau gila nak buat rambut macam tomok! kau kena paham, orang Malaysia ni cukup alergik dengan rambut-rambut panjang ni, orang rambut panjang ni selekeh dan nampak tak kemas, nampak takde moral, tapi bila geng-geng songkok tinggi rembat duit negara dan bikin korupsi takde hal pulak.Takpe bai, songkok itu tanda islami.

Sebenarnya, siapa yang pandai-pandai tetapkan pakaian forrmal ni?

Siapa yang pandai-pandai tetapkan, pakai tali leher, kemeja dan seluar licin itu formal?

Cibai la ini macam.

Aku percaya setiap fesyen pakaian yang manusia pakai ada nilai relevannya, tetapi ia mesti relevan dengan cuaca dan persekitaran manusia itu.

Normalnya, manusia akan pakai baju tebal atau baju sejuk jika cuaca di tempatnya itu bersalji tahap peti sejuk.Jadi, baju sejuk yang di pakai itu adalah relevan berdasarkan cuaca yang sejuk.Takkan kau nak pakai singlet sama spender?

Dah tu, apa relevannya pakai tali leher di Malaysia yang panas membahang ni? tak lain dan tak bukan hanya menghasilkan peluh bagi menghapus dosa.

Dalam hidup aku, berseluar jeans adalah lebih relevan, ini kerana aku adalah seorang mat rempit educated yang ke sana dan ke sini bersama motor.Kau bayangkan kalau aku eksiden tetiba, tetapi berdasarkan sifat seluar jeans itu yang kasar dan kesat, kebarangkalian untuk aku mengalami kecederaan di bahagian bawah pusat hingga ke kaki dapat di minimakan, mungkin kalau eksiden biasa-biasa je, luka di kaki tidak teruk sangat.

Nah, sekarang cuba kau bayangkan aku menunggang motor dengan memakai seluar licin,jadi, kebarangkalian untuk seluar licin itu bertukar menjadi serupa seluar pendek atau boxer adalah tidak mustahil.Kebarangkalian untuk aku menaiki kerusi roda automatik juga boleh jadi.

Perempuan.Aku bersetuju dengan etika pemakaian perempuan.yelah, takkan semua perempuan nak pakai macam maria ozawa kot bai, takkan semua nak pakai ketat-ketat, takkan semua nak pakai tudung yang menampakkan buah-buahan,boleh inzal di buatnya.Jadi, etika pemakaian islami ini ada logik dan warasnya.

Cuma aku tak bersetuju dengan cara pendakwahan atau cara mengajak itu.Kau kena ingat, walaupun kolej itu islami, tapi bukan semua pelajar yang latarbelakangnya dari sekolah agama batu 38 atau sekolah agama see u di ipt, ada yang datang dari sekolah bukan beraliran agama bai.

Peraturan atau penguatkuasaan itu sifatnya adalah paksaan.Jadi, adakah cara berdakwah itu hanya tertumpu pada satu sahaja, iaitu dengan manhaj peraturan saja? kau suka ke kena paksa-paksa ni? kalau budak kecik takde hal lagi, ini semua dah tahap boleh buat anak, takkan mahu paksa-paksa lagi.Nabi berdakwah pun ada cara rahsia dan terang-terangan.Wali songo berdakwah pun pakai wayang kulit.Apa guna kau belajar silibus dakwah yang bagitau ada banyak manhaj-manhaj dakwah tu? nothing.

Kau kena paham bai, bukan semua orang pernah masuk tadika abim, taska al-mawardi, bukan semua orang pernah join tabligh, keluar 40 hari, bukan semua orang layan maher zen, pergi konsert dia.Bukan semua orang baca Iluv islam, bukan semua orang baca novel cinta islami, bukan semua orang tahu fadhilat amal tu apa.Dan bukan semua orang kenal naqib/naqibah usrah dia.

Kesian la.Respek la sikit bai.

Apa benda semua ni ? siapa yang patut di salahkan ? adakah berpunca dari pengurusan yang takde nombor? kah! kah! kah!

Bagaimana atau apakah cara lebih kreatif untuk sampaikan dakwah, itu jangan tanya aku, penat laaa aku semua benda aku nak pikir bai, dah la aku tiap-tiap hari tension tengok status FB rozmey the dragon, nak usha muka dia kat paper kosmo lagi, lepas tu nak kena hapal lagu maher zen lagi,tak kesian ke? kau orang pun pikir la sekali bai, jangan harap aku je bai.

Ok, gerak dulu, aku nak teman maher zen shoping-shoping serban dan sugi dekat masjid india.



Telur-teluran




Tadi pagi breakfast di mamak, rasa hendak melantak hidangan yang bernutrisi sehat pulak.

Jadi memandangkan umur aku baru 20, aku masih ada masa yang lama lagi untuk membina generasi masa depan dari acuan aku sendiri.

Jangan senyum! ini misi penting bagi menyediakan generasi hebat pasca-wawasan 2020.

Jadi, menu sarapan tadi adalah : Telur 2 bijik separuh masak dan Roti telur sekeping.

Apa jadahnya makan semua ada telur-telur ni?

Sabar-sabar! jangan panik.

Telur, bagus untuk telur.

Apsal plak?

Ok, berdasarkan fatwa dari Al-fadhil ustat Google, begini sebenarnya :




Jadi,

Telur, bagus untuk telur.





Jangan nak ngade-ngade pikir lain ok!





Sunday, October 10, 2010

Budak kaca mata berambut belah tepi



Makan malam, di sebuah Restoren mamak(Kimma)

S : weh, kau tengok budak meja sebelah tu, budak tu dekat sekolah mesti dia jadi pengawas kan?

(sambil mengalihkan pandangan pada seorang budak sekolah rendah, wajahnya skema, berkaca mata dan rambut sikat belah tepi)

B : takpun dia jadi ketua darjah, haha!

A : apa pulak, budak ni mesti kaki balachi dekat cikgu sekolah ni.

S dan B : Babi , kah! kah ! kah!

Kelihatan mak budak skema tu memandang ke arah kami.

Kami terus tukar topik.

A : Enta minat lagu Maher Zain tak?

B : Masyallah, itu fevret ana.



Sepuluh,Sepuluh,Sepuluh

Hari ini 10.10.10 Kah kah kah!

Aku tengok dekat Fb ramai orang tulis status: "alamak tak sabanya nak tunggu 10.10.10", "10.10.10 wow!", dan "10.10.10. beznyeeeeeee".

Apa ada sama sepuluh sepuluh sepuluh?

Sebab nombor dia cantik.

Sebab hari ini tarikh perkahwinan brader angkasawan.(Harap jangan lekas cerai)

Sebab boleh jadi nombor ong kasi tikam nombor ekor.

Nombor hanya nombor je bai.Adakah pada tarikh 10.10.10 ni siang lebih panjang dari malam? adakah bumi di hujani oleh hujan Iphone 4, setiap sorang dapat Iphone 4? adakah kerajaan Malaysia mengumumkan harga lelong bagi rokok? atau minyak free? atau PTPTN di biasiswakan?

Jadi, tarikh ini tiada apa-apa yang istimewa bukan? tarikh ini tidak mengubah nasib si miskin menjadi kaya.Tidak menghalang filem 2alam dari di tayangkan.

Ini tarikh mengikut kalendar Masihi.

Cibai!

Apakah kaitan tarikh ini sama konspirasi Freemason dan Illuminati?

10.10.10.







Saturday, October 9, 2010

Selamat Hari Jadi John Lennon



John Winston Ono Lennon, seorang seniman, pemusik,penulis lirik, penulis dan Aktivis keamanan.Nama beliau tidak ada kena mengena sama syarikat rokok winston.Di lahirkan pada 9 oktober 1940 di Liverpool yang kelab bola sepaknya sedang menghadapi era pra-apokalips.

John Lennon menjadi pujaan dan sebutan di seluruh dunia,Fikrah dan idealoginya tentang keamanan menjadi pencerahan pada umat dunia terutama anak-anak muda.

Perintis kugiran The Beatles ini merupakan individu berbakat besar dan genius, karya dan tulisannya memukau dunia sehinggakan himpunan tulisan lagu Lennon dan Mccartney di iktiraf sebagai ciptaan indah bertahap dewa.

Lennon bukan lahir dari program realiti akademi Fantasi, mentor, bintang kecil mahupun imam muda.Bermula dengan pembentukkan kugiran The Quarrymen oleh sekumpulan budak sekolah termasuk Lennon, akhirnya membawa kepada kelahiran Kugiran fenomena The Beatles.

Sehingga tempoh sepuluh tahun era penguasaan The Beatles dan selepasnya era perpecahanBeatles, Lennon bergerak secara solo, tetapi dewa Musik ini masih menjadi fenomena.

Lennon bukanlah seorang pemusik biasa, yang hanya tahu menyanyi di atas pentas, bukan juga yang hanya tahu membuat gaya rambut ala-ala mat korea,dan bukan juga yang hanya tahu menciplak karya orang lain.Lennon membuktikan musik mampu membawa revolusi pada budaya manusiawi.Petikkan gitar dan lirik lagu mampu mengejutkan manusia dari projek pembodohan 'abang-abang' fikrah kolot.

Entah berapa kali Lennon mencari pasal pada otai Amerika Syarikat, semuanya gara-gara penentangannya pada peperangan dan peranannya sebagai aktivis keamanan.

Umur 40 tahun, Lennon menjadi arwah akibat pembunuhan oleh Mark David Chapman.

Ya, John Lennon telah menjadi arwah, tetapi ini tidak bermaksud karya kreatif dan Idealogi keamanannya turut sama menjadi arwah.

R.I.P JOHN LENNON !

"You may say that I'm a dreamer. But I'm not the only one. I hope someday you'll join us. And the world will be as one."




Lagu Imagine yang menjadi harapan Lennon , Lennon mengajak kita membayangkan tentang indahnya dunia tanpa kekusutan, peperangan dan permusuhan.

Friday, October 8, 2010

Sperm dan Ovum

Tahun 2007,Pagi ,ketika perhimpunan penuh barokah sebelum masuk ke kelas,di sebuah Sekolah Agama Shah Alam, lokasi lebih kurang 2 kilometer dari pot brader Maher Zain punya konsert.

Ini kisah benar, berlaku ketika aku masih lagi bersekolah di sebuah sekolah agama, ketika aku mula mengenal kitab Fadhilat amal, ketika aku mula lancar membaca Manzil dan ketika aku tak tahu langsung tentang video ariel peterporn sama luna maya.

Macam biasa, sebelum masuk ke kelas, semua pelajar akan berhimpun untuk menyanyikan Asma ul Husna sebagai proses mentoharohkan hati.Bila hati sudah toharoh baru la tak bebal masa belajar.

Sebagai abang senior yang ketika itu akan menduduki SPM, aku mengalunkan asma-husna dengan penuh bersemangat dan bergaya ala-ala kumpulan Raihan.Ini penting sebagai contoh pada adik-adik junior yang masih lagi kencing tilam dan kerap ke public Phone telipon mak ayah.

Seusai tamat asma husna, tiba-tiba warden asrama kami, ustat yahya pergi ke hadapan perhimpunan, ustat yahya mengambil alih mikropon dari pengawas yang bertugas, seperti ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh ustat.Aku dah cuak, kalau-kalau aku ada buat salah, aku cuba ingat balik apa yang aku buat subuh tadi, emm, solat subuh tadi memang takbiratul ula, tak masbok, fadhilat amal lebih kurung 7 bab aku baca dan manzil memang aku baca dengan bertajwid dan tartil.Jadi aku rasa memang sangat soleh aku subuh tadi.

Ustat yahya memandang kami dengan pandangan ala-ala Zek Zaidi, " Mana dua orang pelajar yang tak solat subuh tadi, sila datang ke depan! ", ucap ustat yahya, budak-budak yang lain buat muka suci ala-ala Dafi Baik punya.

Beberapa saat kemudian, dua orang pelajar keluar ke hadapan perhimpunan, aku kenal betul dengan dua orang budak ni, dorang junior aku, dua orang budak ni kira budak suruhan aku jugak la, pasal aku selalu suroh dorang keluar pergi mamak beli roti canai sama teh ais.Aku hanya mampu menggeleng kepala sebagai tanda seorang abang yang hampa.

Dua orang budak tadi berdiri di sebelah ustat yahya dengan muka pura-pura insaf, "Kenapa kamu tak turun solat subuh?", soal ustat. kedua-dua mereka hanya tunduk dan diam.Masing-masing muka macam nak kena penerajang.

"Jawab la, kenapa kamu tak solat subuh!", kali ni ustat yahya meninggikan suara ala-ala Jamal abdillah," Sa...sa..Saya tak mandi wajib pagi tadi ustat....", salah seorang dari mereka berdua menjawab dengan nada sebak, mungkin reaksi hasil tindak balas hormon baru baligh.

Kah! Kah! kah! kah!kah! kah!, aku dan otai senior yang lain terbarai ketawa, budak perempuan pulak senyum-senyum malu ala-ala Gadis melayu Tv9.

Memang aku salute sama jawapan budak tu, jujur dan jantan. Sama ada budak tu tak mandi wajib pasal baru datang mimpi atau reaksi tindakkan maturbasi, itu dia punya hal.Kah kah!

Tapi aku dengar, budak dua orang tu kena denda baca yassin dekat tempat perhimpunan.sah tak baca yassin dalam keadaan berhadas? itu tanya sama mufti.

Semenjak dari peristiwa pengakuan baligh tu, kami abang-abang junior sepakat memanggil budak dua orang tu dengan nama manja Sperm dan Ovum.Sebagai memperingati jasa keberanian mereka berdua.

" Oi sperm, kau pergi beli roti canai jap ag, aku lapar la",
"Baik bang", Jawab sperm dengan rasa tawadduk.

Kenapa panggil Sperm dan ovum?

Sperm dan Ovum memang rapat, mereka kawan yang serasi, nakal sama-sama, kantoi pun sama-sama.Memang saling memerlukan mereka ni, bagai sperm dan ovum.

Kah!kah!




Gamba takde kene mengena, takkan aku nak letak gamba budak dua orang tu.Respek la sikit bai.

Jaga-jaga! Agenda Freemasonisasi dan illuminatisasi ke atas Ummah.



Pergh, best sial video ni, ini video paling rare!

Filem Yusof Haslam, Razak Mohaiden, Yusri KRU, Mamat Khalid, Christopher Nolan dan Ahmad idham memang aku dah tak padang dah bai, Fahmi Reza apatah lagi.

Video ni memang layak menang Festival filem Malaysia, Hatta video ni lagi layak mengembalikan kegemilangan filem melayu berbanding Filem 2 alam, jangan percaya cakap Rozmey tu.The dragon taik kucing.

syabas untuk pengkaji-pengkaji Konspirasi Freemason dan Illuminati di Malaysia.Kehadiran mereka sedikit sebanyak memberi budaya intelektual pada warga 1malaysia.Takde lah asyik-asyik kena bodo sama kosmo, metro dan drama melayu syarikat juta-juta kat TV3 lagi.

Memandangkan pengkajian Illuminati dan freemason sangat meriah dan mendapat sambutan pada warga kita, aku cadangkan agar setiap IPTA dan Ipts kapitalis menawarkan satu program silibus berkaitan teori setan ini.Agak-agak la bai, takkan ramai gila nak jadi doktor,nurse dan cikgu?, dalam masa yang sama kita boleh mengurangkan kadar pengangguran ye dak?

Ok, untuk Pusat asasi UIA boleh la tawarkan program Asasi pengajian teori Freemason dan Illuminati.Ipt lain boleh tawarkan diploma, Diploma perbandingan teori setan Freemason dan Illuminati.Degree pun boleh, Ijazah Sarjana Muda pencegahan penipuan dajjal (pengkhususan Freemason dan Illuminati).

Aku berani betting sama korang, kalau Noble Prize buat slot pasal penghargaan dalam bidang kajian Freemason dan illuminati, aku jamin dan pasti, pengkaji dari malaysia wajib akan menang.Kalau tak menang, aku akan tonton cerita 2 alam dari mula hari tayangan sampai hari last tayangan.Ada berani bai?

Tapi bai, kenapa kita nak takut pada sihir freemason dan Illuminati?

Sihir kita pun hebat jugak, kita ada cerita jangan pandang belakang,Durja ningsun, susuk, pontianak harum sundal, Ular emas, Niyang rapik.Itu belum campur hantu raya, pochong, langsuir dan hantu tetek.

Apa, kau ingat hantu, sihir, santau, saka dan puaka orang melayu tak power ke?

Masih takut lagi?

Jangan takut, kita ada back up besor bai, kita ada JAIS, MAIS, Pusat zakat selangor,ABIM,JAKIM,PERKIM,Perkasa dan Permib.

Cilake, kau cakap itu back up dalam negara punya? oh, kau nak internasional punya la ni?

Ok, Kita ada OIC yang garang dan Liga Arab yang bersatu.

Imam Muda bagi aku memang tak boleh lawan konspirasi setan ni, dorang muda lagi bai.



Salah satu sarang Freemason dan Illuminati di Sunway.
Sunway? hati-hati! Sun + way bermaksud jalan dan matahari, dalam bahasa ilmiahnya "jalan menuju matahari" , adakah sunway bandaraya Freemason?