Tuesday, October 12, 2010

Yakjuj Makjuj Di Stadium Shah Alam



Suku akhir pertama Piala Malaysia : Selangor LWN kelantan.Di Stadium Shah Alam.

Perlawanan malam tadi bukan seperti perlawanan bola sepak.Tapi lebih menyerupai pesta keluarnya Yakjuj Makjuj dari tembok zulkarnain.

Seperti yang di jangka, perlawanan kedua-dua pasukan merah ini memang cukup meriah, jalan-jalan di Shah Alam yang menuju ke stadium penuh sesak dan padat.Ini jarang berlaku untuk sebuah liga bolasepak yang mengantuk.Bulatan kayangan sesak seperti bandar Hanoi vietnam.Ini seolah-olah memberi gambaran bahwa perlawanan nanti pasti meriah dan mengghairahkan.

"Dalam bola sepak, apa-apa saja boleh berlaku", itu adalah kata-kata yang acapkali di ungkapkan oleh pengulas sukan bola sepak di Malaysia.Ya, sebenarnya lebih tepat kalau di ungkapkan : dalam bola sepak Malaysia, apa-apa saja boleh berlaku.Dalam bola sepak Malaysia, bakar stadium boleh berlaku, dalam bola sepak Malaysia baling kerusi stadium boleh berlaku, dalam bola sepak Malaysia baling botol memang sentiasa berlaku,dalam bola sepak malaysia pasukan yang di selamatkan dari turun liga pun boleh berlaku, dalam bola sepak malaysia player kawen dekat siam dengan Rita rudaini pun telah berlaku.

Ini hebat.apa-apa saja boleh berlaku.


Pertembungan antara Pasukan Kelantan dan Selangor memang di tunggu-tunggu untuk di ejakulasikan.Kedua-dua pasukan adalah the red , sorang Red Giants dan sorang lagi The Reds Worrior, kedua-dua coach pasukan juga berbangsa india, macha devan dan macha sathia, kedua-dua negeri ini di perintah oleh pakatan rakyat, sorang di perintah oleh PKR yang suka lompat-lompat nak jadi bebas, dan sorang di perintah oleh PAS yang sebuk mahu padu-padu.Yang sorang rasa diri dia gergasi merah sebab banyak menang kejuaraan di Malaysia tapi kena titik dekat piala AFC, yang sorang baru belajar silat nak jadi Pahlawan merah tapi dah berani bakar-bakar stadium.


Sebagai pasukan yang baru hendak melakar sejarah, penyokong kelantan pastinya sangat ghairah bila mana pasukan mereka bertemu sama pasukan yang sejarahnya boleh di buat buku teks.Penyokong selangor pastinya angkuh bak gergasi sombong dengan pencapaian hegemoni Red Giants, lagi-lagi perlawanan ini di langsungkan di kandang gergasi merah.Setakat telan budu di kandang sendiri, apa lah sangat.

Aku duduk di sebelah hujung, bertentangan dengan gawang goal, juga berhampiran dengan abe-abe kelate, antara tempat duduk penyokong gergasi dan penyokong abe, ada gap yang di buat bagi mengelakkan sesuatu yang celaka akan berlaku, tapi sebentar lagi sesuatu yang celaka itu tetap akan berlaku.

Perlawanan biasa-biasa saje, banyak peluang yang di sampahkan, safee sali bebal macam dimitar berbatov, lain-lain player tahan bola tak kena tu memang seni, dua-dua pasukan suka sangat main belah tepi, lepas tu out, baling bola, main belah tepi lagi, lepas tu out,Cibai.Dua-dua main ganas, abe pijak kaki gergasi, gergasi sekeh kepala abe.Gergasi merajuk bila ref layang kad, abe tarik muka bila ref layang kad jugak.

Sedang perlawanan rancak berlangsung, tiba-tiba botol dan kerusi stadium terbang melayang di udara.Kedua-dua penyokong abe dan gergasi saling berbalas-balas balingan antara satu sama lain.Ada penyokong yang cuba memasuki kawasan gap untuk berkelahi, tetapi segera di halang oleh brader RELA. KEPPOMMMM!! bunyi mercun di sana sini.Menunjukkan mood hari raya masih ada.

KEBABOMM! bunga api di lancarkan ke arah pasukan medik di tepi padang, brader-brader medik mencicit berlari.Apa punya bebal lah baling-baling mercun ni, kang brader medik tu mati sape nak rawat player? takkan nak panggil bomoh pulak!

Bahaya.suasana antara penyokong abe dan gergasi masih tegang.Bunyi mercun makin memekak, hujan botol dan kerusi stadium semakin lebat.Kalau ada pasangan kapel datang stadium nak romen-romen, memang tak sesuai, memang tak sempat stim.Abe ajak gergasi masuk bergaduh kat tempat abe, gergasi ajak abe masuk bergaduh kat tempat gergasi.Gergasi provok abe, abe provok gergasi.Dua-dua sama bodoh macam botol budu.

Brader FRU masuk, tapi macam nak tak nak je kawal keadaan, kalau suruh bantai orang masa demonstrasi boleh pulak, ini setakat berdiri tunjuk perisai saje.Sehinggalah masuk waktu rehat perlawanan, abe dan gergasi masih kecoh-kecoh lagi, tak penat ke?, kan bagus kalau aksi-aksi ganas ni di terjemahkan di hadapan bangunan Fam tu, baru kecut kote orang dalam Fam tu. Patutnya masa rehat perlawanan ni buat la nyanyi-nyanyi bagi orang rileks ke,kan bagus panggil brade Maher zen kasi kena satu dua lagu, baru semua menangis keinsafan.

Dah masuk separuh masa kedua, baru abe dan gergasi senyap, dah penat la tu agaknya.Perlawanan semakin masuk ke fasa mengantuk.Habis perlawanan.Gergasi kosong, abe kosong.Gergasi tak boleh telan botol budu, abe tak boleh sumbatkan gergasi dalam botol budu.seri.

Di luar stadium, keadaan tegang semula, bunyi mercun di alunkan.Ini lagi satu bebal, masa ramai-ramai nak keluar dari pagar stadium, punya sesak dan sempit, sebab ada kereta dan motor parking depan pagar itu.Orang ramai semua salahkan kenapa parking depan pagar,ada otai yang pergi jatuhkan motor dan pijak bumbung kereta sampai kemek, celaka betol, owner kereta tu mengamuk.Tolak menolak berlaku.Pengurusan stadium pun satu, pagar punya la banyak, tapi yang bukak satu pagar je.Aku rasa owner kereta tu pun tak taw yang pagar depan tempat dia parking tu akan jadi tempat laluan keluar,pasal sebelah tu ada banyak lagi pagar, tapi semua kunci.Kalau tak nak kasi orang parking depan pagar, kan boleh letak kon kasi tanda jangan parking.Itu pun nak kena ajar ke? FUCK YOU! pengurusan stadium.


Mereka memilih menjadi Yakjuj Makjuj hanya kerena berbeza jersey.


Dengar cerita, ada penyokong Kelantan yang meninggal dunia.Al- fatihah....


4 comments:

makhfudh said...

erm..dri analisa yg dibuat oleh saya..penulis blog ini mungkin menggemari makanan yg dipanggil budu..ini kerana, kajian mendapati.."budu" merupakan perkataan terbanyak yg digunakan dlm penulisan ini..anyway..nice writing :)

Unknown said...

tengok bola bukan lagi fun macam dulu.. nak kena pakia baju besi dah camni... aku tengok kat umah je la..
kuman "Maybank Alert.." Entry

Lighty Nano said...

tkot bce entry nih...kusss semangat...

Achilles Monoloules said...

Kuman : pakai baju besi belum tentu selamat ag bai.haha.

a'an barney: =), duduk rumah selamat..